BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 31, 2009

aku dan wajadiri..


Salam..

Cabaran untuk kejohanan wajadiri baru bermula.Aku rasa agak tertekan dengan masalah yang masih tiada penyelesaian.Terlalu banyak pilihan untuk diteliti bagi dijadikan penyelesaian masalah dalam pelaksanaan program ini.Walaupun banyak halangan yang mendatang, namun semangat untuk merealisasikan kejohanan ini masih belum pudar kerana apa yang diperjuangkan adalah usaha murni melakukan amal kebaikan.Kejohanan Wajadiri merupakan wadah penting bagi mempromosikan seni mempertahankan diri terutamanya bagi Silat Cekak Hanafi yang mempunyai khazanah budaya yang perlu diketengahkan pada masyarakat.Aku melibatkan diri dengan kejohanan ini kerana ingin memartabatkan seni mempertahankan diri di kalangan masyarakat supaya lebih dekat dengan pengaplikasian Islam dalam amalan seni pertahanan diri.Oleh itu, usaha yang dilakukan adalah semata-mata untuk kebaikan masyarakat dan ia menyebabkan aku tidak pernah merasa jemu dan berputus asa kerana setiap amal kebaikan pasti ada balasan yang sewajarnya daripada Allah swt.Aku cuma berdoa agar dipermudahkan urusan bagi merealisasikan kejohanan ini namun andai takdir adalah sebaliknya, aku terpaksa Redha.Akan tetapi, segala tumpuan dan usaha akan terus dicurahkan selagi diizinkan oleh Allah swt.

salam ukhwah..

salam..
Hari ni aku telah membuat keputusan untuk menghasilkan sebuah blog yang lebih menjurus kepada maklumat semasa kehidupan dan perjalanan hidup aku.Blog ini lebih menumpukan kepada informasi pembelajaran dan kehidupan aku bagi dijadikan pembacaan dan rujukan aku sendiri dan mungkin orang lain.Jadi, selamat membaca dan memberi komen..