BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

Bunga Larangan


Sekuntum bunga larangan

Tidak tercapai tangan

Haruman cinta semalam

Terlerai sudah

Inginku memilikimu

Duri yang bisa menghalanginya

Inginku menyayangimu

Sayang ku insan tak punya apa

Aku musafir hina

Kini terluka di taman cinta

Engkau yang aku sayang

Bunga larangan

Sudah suratan

Takdir tuhan mekarmu sayang

Di jambangan orang

Terpaksa kau kutinggalkan

Dalam sejarah cinta

Tinggallah bunga tersayang

Dalam kenangan

Engkaulah BUNGA LARANGAN….

Thursday, July 30, 2009

30 Julai 2009...???


Salam alaik..

Hari ni bermula dengan agak baik.Namun begitu, ada rasa sakit kepala sikit.Malas je nak bangun.Kehidupan berjalan seperti biasa.Sedar tidak sedar, hari ni bermula satu episod baru dalam hidup aku.Usia 21 tahun benar-benar menguji kekuatan bagi seorang lelaki.Sedikit demi sedikit, aku mula terasa beban tanggungjawab yang perlu aku pikul.Masa kian berlalu dan aku semakin matang.Aku perlu mengharungi kehidupan di UKM pada tahun akhir dan aku mula fikirkan mengenai tanggungjawab aku terhadap ibu dan keluarga.Aku perlu menebus nasib keluarga aku ke arah yang lebih baik.Aku ingin ibu aku menikmati kehidupan yang lebih baik daripada sekarang.Kehidupan aku benar-benar mencabar.Aku perlu bertungkus-lumus berusaha untuk menamatkan pengajian sebelum boleh mencari pekerjaan sesuai bagi membantu keluarga aku.Masih ada dua semester yang berbaki untuk aku habiskan di UKM ini.Semoga perjalanan ini akan mendapat keredhaan Allah swt.Dalam usia ini, aku sudah boleh mula mengintai kamar politik dalam negara.Aku sudah boleh mengundi dalam pilihanraya.Aku juga perlu lebih berusaha mencari calon untuk dijadikan teman hidup aku.Aku sudah bersedia untuk berkahwin tapi perlu menambahkan ilmu dan kedudukan kewangan bagi menghadapinya.Aku percaya, setiap apa yang kita lakukan demi keredhaan Allah swt, pasti akan mendapat pertolongan dan rahmat dariNya..AMin Ya Rabbal 'Alamin..

Tuesday, July 28, 2009

Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi UKM'09





Salam alaik..


Akhirnya selamat juga Wajadiri Silat Cekak Hanafi dilangsungkan di Universiti Kebangsaan Malaysia.Fuhh..betapa lega dan bersyukur hati ini kerana dapat juga aku menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk aku.Aku pernah gagal dan kali ini aku berjaya juga menebus kegagalan aku dengan sesuatu yang lebih baik dan berharga.Kalau dulu aku xsempat sempurnakan tugas aku sebagai pengarah program peringkat UKM, kini aku berjaya lunaskan hutang itu dengan terlaksananya Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi Peringkat IPT dan Sekolah Kali Ke 12 ini.Aku bersyukur, syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan keinginannya, dapat juga aku merealisasikan projek yang telah lama dirancang ini.Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan menyokong aku kerana tanpa mereka, mungkin aku tidak dapat meneruskan misi yang cukup mencabar ini.Banyak masalah yang terpaksa ditempuhi untuk menganjurkan program ini.Sehinggakan di saat-saat akhir pun, kami masih diserang dan diganggu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Namun semua serangan itu dapat di “POTONG” dengan baik oleh PSSCUHM.

Walaupun ini kali pertama aku menjadi pengarah bagi program peringkat nasional, aku mampu bertahan dengan segala tohmahan, kritikan, amaran dan kecaman yang dilemparkan kepada aku.Semua itu menjadi pengalaman dan pengajaran yang amat bermakna bagi diri aku.Rasa bahagianya aku saat dapat melihat kejohanan ini berlangsung dengan jayanya tanpa masalah-masalah besar yang mengganggu.Terima kasih kepada semua jawatankuasa wajadiri termasuk Alumni Cekak Hanafi UKM, PSSCUHM dan semua pihak yang membantu kami.Jasamu dikenang..

Sunday, July 5, 2009

Suatu Mimpi..


Aku mempunyai sebuah mimpi.Mimpi yang mungkin tidak begitu bermakna bagi sesetengah manusia.Namun aku masih menaruh kepercayaan kepada diriku untuk merealisasikan mimpi itu.Impian yang murni dan lahir dari kesedaran dan keinginan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama insan lain.Ini juga menjadi penyebab kenapa aku mewujudkan blog yang tidak seberapa ini.Aku ingin menjadi Penulis.Aku ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan bersama insan lain.Aku ingin menulis mengenai kisah hidupku.Aku ingin menulis mengenai insan yang aku sayangi.Aku jua ingin menulis bagi menyampaikan harapan dan inspirasi hidupku.Aku ingin berkongsi.Aku ingin supaya isi hatiku dapat diluahkan dengan cara yang tersendiri.Ia dapat melegakan aku.Ia dapat memberi aku suatu lonjakan semangat dan keazaman dalam memburu kejayaan di dunia dan akhirat.Namun aku perlukan bantuan dan sokongan.Aku belum mahir.Aku belum mampu menjadi penulis yang hebat.Terlalu banyak yang perlu aku pelajari.Aku bersedia untuk menghayun langkah, menimba ilmu bagi memenuhi harapan dan impianku.Semoga Allah swt akan selalu meredhai dan merahmati tujuan dan matlamat yang murni ini.