BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 29, 2009

Laskar Pelangi


Salam alaik..

Entah kenapa, hari ni aku tergerak untuk menulis kembali dalam blog ni..setelah melalui minggu exam yang cukup mencabar(huhu.....).Dah lama aku tak melayan perasaan ni..tapi hari ni hati aku tersentuh bile dengar lagu 'Laskar Cinta',nyanyian kumpulan Nidji dari Indonesia.Aku tak pasti elemen ape yang menarik pada lagu tersebut..mungkin pada iramanya atau mungkin jugak pada liriknya.Namun begitu,video klip lagu ni cukup menyentuh perasaan..Filem Laskar Pelangi..daripada lirik lagu ni,dapat disimpulkan bahawa ia mengisahkan mengenai sebuah perjuangan untuk menggapai kehidupan masa depan yang lebih sempurna.Sudah tentu,dalam menempuh ranjau kehidupan,kita perlulah kuat dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja rintangan.Mimpi..adalah kunci untuk menjadi manusia mempunyai wawasan dan matlamat.Erti kesyukuran dengan nikmat yang ada menjadikan kita bahagia walau dihimpit kesusahan hidup.Lagu ni terasa sangat dekat dengan diri aku..Aku pernah bermimpi dan impian itu menjadikan berani untuk berhadapan dengan dunia sehingga aku mencapai apa yang aku ada sekarang..Cinta sangat penting dalam hidup manusia.Cinta kepada tuhan,cinta kepada rasul,cinta kepada manusia dan cinta kepada alam sekitar..semuanya menjadikan kita lebih ceria dan mampu tersenyum.Tanpa cinta,seseorang itu akan hidup dalam serba kekurangan kerana tiada lagi ketenangan dan kebahagiaan..bila kita tersenyum pada dunia,dunia akan membalas senyuman itu..ya,dunia pasti membalasnya...Secara keseluruhannya,dapat dirumuskan beberapa elemen yang penting dalam kehidupan manusia iaitu mimpi, perjuangan bersyukur,cinta dan senyuman..Untuk itu,hayatilah lirik lagu ini..


Laskar Pelangi

Mimpi adalah kunci

Untuk kita menaklukkan dunia

Berlarilah tanpa lelah

Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi takkan terikat waktu

Bebaskan mimpimu di angkasa

Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah syurga

Bersyukurlah pada yang kuasa

Cinta kita di dunia selamanya

Cinta kepada hidup

Memberikan senyuman abadi

Walau hidup kadang tak adil

Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi takkan terikat waktu

Jangan berhenti warnai

Jutaan mimpi di bumi






Friday, August 21, 2009

Marhaban Ya Ramadhan...


Salam alaik...

Selamat datang Ramadhan..bulan puasa,bulan mulia,bulan penuh keberkatan,bulan untuk manusia yang dikhaskan bagi mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah swt..Bila sebut saja bulan puasa,kita takkan terlepas daripada memikirkan mengenai hari raya.Walaupun Ramadhan baru membuka tirainya,sudah ada manusia yang sibuk membeli-belah dan melakukan perancangan untuk hari raya.Seolah-olah bulan puasa hanyalah persinggahan kepada destinasi yang indah iaitu Hari Raya.Entah la,aku sendiri sebenarnya teruja dengan kedatangan Ramadhan setiap tahun.Kenikmatan berpuasa,berbuka,bersahur dan bertarawih ternyata tidak terdapat dalam bulan-bulan lain selain Ramadhan.Kalau semasa kecil dulu,di kampung,kedatangan Ramadhan cukup meriah kerana ia merupakan bulan kemerdekaan bagi kanak-kanak untuk keluar merayau di malam hari.Tidak seperti hari biasa,waktu malam di bulan Ramadhan tidak langsung mendatangkan ketakutan dalam diri kanak-kanak kerana sering disogokkan bahawa di bulan Ramadhan,semua hantu telah diikat,jadi tiada lagi kesuraman malam seperti pada bulan-bulan lain.Waktu dulu juga,cukup indah apabila acara yang paling aku minati iaitu permainan "hide and seek" yang menjadi aktiviti wajib di Bulan Ramadhan. Selain itu,bertukar juadah berbuka dengan jiran sekampung juga merupakan suatu yang menarik untuk dilakukan.Mana tidaknya,dapat rasa pelbagai jenis makanan waktu berbuka..hehe..Mesti indah untuk dikenang..Kini,Ramadhan datang lagi.Tiada lagi aktiviti seperti dulu.Hanya yang tinggal ialah setiap langkah yang perlu aku atur bagi menuju matlamat aku di universiti ini.Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,agar dapat ku lalui dengan sempurna...Insya Allah...

Friday, August 7, 2009

Malam Pengenalan Persatuan PERMADARI





Salam alaik..


Malam tadi telah berlangsungnya majlis Malam Pengenalan Persatuan PERMADARI UKM di dewan kuliah FSSK.Majlis telah berlangsung dengan jayanya walaupun agak kelewatan kerana pakaian rasmi Exco dan MT lambat sampai.Oleh itu, barisan Exco dan MT terpaksa bersabar sehingga ke saat-saat akhir sebelum boleh memakai pakaian rasmi tersebut.Tapi itu bukan masalah dan sedikitpun tidak merencatkan perjalanan majlis.Aku cukup kagum melihat kerjasama rakan-rakan yang nampak bersungguh-sungguh menjayakan program ini.Tahniah untuk semua!!Dengan bermulanya perjumpaan pertama bersama-sama ahli-ahli baru PERMADARI sesi 2009/2010, semua warga PERMADARI UKM mula memasang angan-angan untuk merencana projek persatuan di samping menggalakkan ahli-ahli baru untuk menyertai projek tersebut.Aku sendiri telah diberi tanggungjawab untuk mengepalai satu program motivasi.Walaupun sebenarnya ia bukanlah di bawah tugas portfolio aku, tapi aku merasa bertanggungjawab untuk merealisasikan projek itu kerana semua exco yang lain belum sanggup untuk merealisasikannya.Mungkin atas faktor pengalaman dan pengetahuan.Semoga semua aktiviti PERMADARI UKM selepas ini akan berlangsung dengan jayanya dan dapat menjadikan PERMADARI UKM sebagai persatuan terbaik di UKM.Sama-samalah kita mendoakannya..InsyaAllah..

Thursday, August 6, 2009

Doa Seorang Kekasih


Oh Tuhanku

Seandainya telah kau takdirkan

Dia milikku tercipta untuk diriku

Satukanlah hatinya dengan hatiku

Titipkanlah kebahagiaan..


Ya Allah

Kumohon apa yang telah kau takdirkan

Kuharap dia adalah yang terbaik buatku

Kerana kau tahu segala isi hatiku

Peliharalahku dari kemurkaanMu


Ya Tuhanku

Yang Maha Pemurah

Beri kekuatan jua harapan

Membela diri yang lesu tak bermaya

Semaikan setulus kasih di jiwa..

Ku pasrah kepadamu

Kurniakanlah aku

Pasangan yang beriman

Bisa menemani aku

Supaya ku dan dia

Dapat melayar bahtera

Kembara cinta yang engkau redhai..


Ya Tuhanku

Yang Maha Pengasih

Engkau sahaja pemeliharaku

Dengarkan rintihan hambamu ini

Jangan engkau biarkanku sendiri

Agarku bisa bahagia

Walau tanpa bersamanya

Gantikanlah yang hilang

Tumbuhkan yang telah patah

Kuinginkan bahagia di dunia dan akhirat

Padamu Tuhan kumohon segala

Tuesday, August 4, 2009

Blues Untuk Aku...


Salam alaik..

Entah kenapa, hari ni fikiran aku melayang terkenangkan watak Sahak dalam sebuah kisah legenda Melayu “Blues Untuk Aku”.Aku tak pasti di mana persamaan situasi aku dengan watak Sahak tapi aku berasa cukup dekat dengan watak itu.Sejak dulu, pertama kali aku berkenalan dengan watak itu, aku terasa semacam ada satu chemistry antara watak dia dan hidup aku.Mungkin secara kebetulan tapi aku percaya ada hikmah di sebalik semua itu.Satu perkara yang mungkin boleh ditonjolkan ialah situasi Sahak yang sukar bertemu dengan teman hidupnya.Setiap kali berdepan dengan wanita, dia merasa cukup bersederhana dan merendah diri.Situasi itulah yang berlaku kepada aku ketika ini.Cukup sukar untuk aku bertemu dengan insan yang akan menjadi teman hidupku.Bukan tak mencuba untuk mencari tapi mungkin belum bertemu dengan jodoh yang ditakdirkan.Aku sentiasa redha dengan apa yang terjadi dan tak pernah sesekali menyalahkan takdir.Mungkin ada hikmah yang tersembunyi.

Satu lagi persamaan kami ialah kami hanya ada seorang ibu yang menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati.Banyak kata-kata nasihat yang boleh didapati daripada kisah tersebut.Aku cukup pasti bahawa penulis kisah “Blues Untuk Aku” ini juga adalah seorang yang berasal dari kampong.Kisahnya cukup menyentuh hati dan sesuai untuk lelaki-lelaki bujang macam aku.Ia memaparkan realiti kehidupan di Bandaraya Kuala Lumpur yang penuh dengan onak dan liku.Setiap cabaran yang mendatang berjaya diharungi dengan baik melalui gabungan elemen seperti persahabatan, kejujuran, kasih sayang, tolak ansur dan kerjasama.Aku cukup terkesan dengan jalan cerita kisah tersebut sehinggakan kadang-kadang aku jadikan watak dia sebagai idola aku di ketika itu.Mana tidaknya, walaupun dihimpit dengan dunia kotaraya yang penuh hasad dengki, kemaksiatan, kemungkaran dan kegelapan namun Sahak masih menjaga tatasusila dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.Sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan insan biasa.Sahak juga tidak pernah lupa akan tanggungjawab kepada ibu dan keluarganya malah sentiasa mengingati pesanan-pesanan arwah ayahnya yang telah meninggal dunia.

Berbalik kepada kehidupan aku sekarang ini, aku sedang cuba sedaya upaya aku untuk bertahan dengan segenap cabaran dan dugaan yang menimpa aku.Aku pasrah dengan semua yang menimpa aku.Baik dari segi pelajaran, keluarga, kehidupan dan persahabatan.Semuanya mempunyai liku dan dugaan yang tersendiri.Semoga aku akan menjadi setabah Sahak dalam meneruskan kehidupan di samping berbakti kepada ibu tercinta..

Monday, August 3, 2009

Aku Menanti Sebuah jawapan...


Aku cuba untuk mendekati
Tapi engkau tiada peduli
Tulusnya niat di hati
Mungkin kau tersalah erti

Bukannya ingin merantai dirimu
Ataupun mengikat janji
Masih ada banyak lagi
Perlu kau pelajari

Aku ingin kemesraan
Serta senyum berpanjangan
Biar kekal berterusan
Tak hilang di tengah jalan…

Kau rahsiakan kedinginan menyelimuti hati
Aku juga kedinginan kerana sikapmu itu
Walaupun setebal mana selimut membaluti
Aku masih kedinginan sepi tanpa berteman

Kedinginanmu kerana malam
Yang masih lagi panjang
Kedinginanku jauh bandingan
Dengan dirimu

Usah biar malam tak berteman
Usah biar siang kekosongan
Sudilah kau memahami
Ketulusan hati ini
Andai aku merajuk bawa hati
Dan kau pun membawa diri
Siapa harus disalahkan
Pasti kita berdua….