BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 24, 2009

Cari Jodoh


apa salahku,apa salah ibuku
diriku dirundung pilu
tak ada yang mau dan menginginkan aku
untuk jadi pengubat pilu, untuk jadi penawar rindu
untuk jadi kekasih hatiku...

timur ke barat,selatan ke utara
tak juga aku berjumpa
dari musim durian hingga musim rambutan
tak kunjung aku dapatkan,tak jua aku temukan
oh tuhan..inikah cobaan..

ibu-ibu,bapak-bapak
siapa yang punya anak
bilang aku
aku yang tengah malu sama teman-temanku
kerna cuma diriku yang tak laku-laku...

pengumuman-pengumuman!!
siapa yang mau bantu
tolong aku kasihani aku
tolong carikan diriku kekasih hatiku
siapa yang mau...

Saturday, November 21, 2009

Talentime....


Salam alaik..

Entah kenapa semenjak kebelakangan ini, aku suka membuat penilaian peribadi dan penghayatan untuk beberapa filem yang aku baru tonton untuk dijadikan teladan dan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian. Kali ni aku sedikit teruja untuk menulis serba sedikit pandangan peribadi mengenai filem ini. Bukan sahaja kerana kebanyakan penggambaran dilakukan di Anderson School, bekas sekolah aku tetapi juga filem ni telah membuatkan aku menitis airmata ketika menghayati jalan cerita filem ini dan cara penyampaian pengarah filem yang cukup menyentuh hati. Aku sendiri hairan kerana dah lama aku tak menitiskan airmata untuk membersihkan kelopak mata ini. Mungkin kerana aku secara tiba-tiba terkenangkan ibu aku dan kesusahan yang telah kami alami dalam menempuh kehidupan ini. Corak penyampaian pengarah filem ini iaitu Allahyarhamah Yasmin Ahmad tidak banyak berbeza berbanding filem-filem yang terdahulu arahan beliau. Cuma pada kali ini aku dapat merasakan sesuatu yang special melalui penterjemahan watak seorang lelaki India bisu yang bercinta dengan gadis Melayu. Kerinduan aku terhadap sekolah Anderson sedikit terubat apabila melihat penggambaran di sekolah itu dan sekitar kawasan Ipoh yang memang menjadi tempat aku menimba ilmu suatu ketika dulu. Kenangan pahit getir yang aku lalui mulai menggamit memori dan menyumbang kepada perasaan yang sedikit tersentuh ini. Kembali kepada kisah 'talentime', aku salute dengan corak penyampaian mesej yang ingin disampaikan dan diserikan lagi dengan lagu latar yang sentimental dan segar. Kisah mengenai hubungan kekeluargaan yang erat disulami kasih sayang yang tiada penghujungnya. Lakonan mantap para pelakon yang terdiri dari pelbagai bangsa menambah seri kepada filem ini yang boleh dikategorikan sebagai filem lima bintang..Semoga pengajaran daripada filem ini dijadikan pengajaran dan iktibar bagi kita semua..

Friday, November 20, 2009

Laskar Pelangi vs Ketika Cinta Bertasbih



Salam alaik..

Hati aku menjadi tenang dan terharu tatkala berpeluang menonton dua buah filem mega Indonesia yang berkualiti dan telah lama aku nantikan saat untuk menontonnya di laman Youtube. Memang menyentuh perasaan apabila menghayati jalan cerita kedua-dua buah filem berkenaan yang amat menarik untuk dijadikan tauladan manakala yang buruk dijadikan sempadan. Dapat aku gambarkan bahawa kedua-dua cerita ini amat menepati kehendak dan keperluan masyarakat Islam yang sebenar dalam menjalani kehidupan seharian. Filem ini menekankan aspek kerohanian dan kemanusiaan yang penting untuk diteliti dan dihayati oleh masyarakat seluruhnya.

Filem Laskar Pelangi betul-betul menggamit semula ingatan aku kepada zaman kecil di waktu persekolahan dan saat-saat bermain bersama kawan-kawan di kampung dan di sekolah. Latar filem ini adalah sebuah kampung pedalaman zaman 70'an di Indonesia. Sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menuntut ilmu di sebuah sekolah yang hampir ditutup kerana tidak mempunyai murid yang mencukupi. Mereka dibimbing dan dididik oleh beberapa orang guru yang sangat tabah dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu. Sekumpulan kanak-kanak yang digelar 'Laskar Pelangi' atau 'Askar Pelangi' ini mempunyai impian yang tersendiri namun hanya yang kuat berusaha dan bersabar bakal menuju kejayaan. Ilmu juga dititikberatkan dalam penyampaian cerita iaitu hanya ilmu yang dapat mengubah hidup seseorang agar menjadi lebih baik. Suka dan duka zaman persekolahan dihadapi bersama dengan ukhuwwah persahabatan yang jitu dan kuat. Ada beberapa adegan yang menarik dan mengimbau zaman kanak-kanak dahulu sehinggakan membuat aku tersenyum sendirian apabila menontonnya. Sungguh menyegarkan dan dekat di hati. Aku ada semadikan sebuah lagu latar filem ini iaitu 'Terima Kasih Guruku' dalam blog ini.

Filem Ketika Cinta Bertasbih merupakan filem yang amat aku nanti-nantikan sejak sekian lama. Bukan sahaja kerana aku sudah membaca novel karangan Habiburrahman El-Shirazy tetapi juga setelah aku menonton trailer filem ini di Youtube. Filem ini memaparkan kisah hidup para mahasiswa Indonesia di negara Mesir yang terkenal dengan Sungai Nil dan Universiti Al-Azhar. Mengisahkan mengenai perjuangan dan pengorbanan seorang lelaki yang terpaksa tinggal belajar sambil bekerja di bumi Mesir kerana ingin menyara dan membantu keluarganya yang miskin di Indonesia. Watak Khairul Azzam sangat berkualiti bagi dicontohi setiap muslim. Keupayaannya menolak godaan seorang gadis yang kaya dan cantik demi menjaga prinsip agama merupakan contoh teladan yang sangat baik diikuti. Aku dapat merasakan keharmonian hidup jika menjaga nilai murni agama dan kesopanan dalam kehidupan seharian. Filem ini bagi aku adalah lebih baik daripada filem 'ayat-ayat cinta' dari segi bahasa dan sinematografi yang dipaparkan. Terdapat juga pengajaran melalui watak Furqan iaitu jangan suka berlebih-lebihan dan membazir dengan kekayaan yang dimiliki sehingga mendatangkan murka dan teguran dari Allah swt. Namun, aku mula tertarik dengan watak Anna Althafunnisa. Sungguh, wajah dan penampilan Anna membuatkan aku terkenang seseorang yang pernah hadir dalam hidupku..

Saturday, November 14, 2009

Tentang Seseorang...


Salam alaik..

Hari ni aku dapat merasakan satu perasaan yang berbelah bahagi.Entah apa yang terjadi kepada diri aku sekarang ni.Tiba-tiba aku terkenangkan dan terfikirkan 'tentang seseorang' yang pernah wujud dan pernah mengetuk segenap perasaan dalam hati aku.Suatu wajah yang bersih, suara yang gemersik, bahasa tuturkata yang indah, gaya yang memikat dan pendirian yang kukuh.Aku tak pasti bagaimana ia bermula dan tak begitu pasti adakah ia sudah berakhir.Tiada kata yang dapat aku ucapkan selain daripada rasa kagum terhadap ciptaan Allah swt ini.Kenapa ia muncul dalam hidup aku jika semata-mata untuk mengucapkan kata perpisahan yang telah melunturkan harapan aku untuk bersama dengannya.Apakah dia hanyalah satu mimpi dan peringatan daripada tuhan bahawa aku masih belum layak untuk memiliki dan menakluki hati insan sepertinya.Sukar untuk aku melupakannya namun tak berdaya juga untuk terus mengenangkan dirinya.Aku menjadi serba salah.Terbelenggu dalam perasaan yang aku cipta sendiri.Di mana kedudukan aku dalam hatinya?Apakah hanya penumpang sekadar berlalu ataupun masih singgah dan menetap dalam hatinya.Dia pernah memberiku harapan dan dia jua yang memadamkan api harapan yang telah marak menyala itu.Aku merasakan dunia ini penuh kepalsuan dan mungkin jua tiada keikhlasan.Bukan niat untuk memuja dirinya sekadar tertanya di manakah kesilapan aku sehingga tak dapat diterima oleh insan sepertinya.Aku benar-benar tak faham.Mungkin perjalanan hidup ini telah tertulis.Aku tempuhi dengan kesabaran kerana aku sedar KebesaranMu Tuhan...Aku masih menunggu siapakah gerangan yang dapat mengisi kekosongan dalam hati aku.Aku masih menanti dan menaruh harapan agar dapat bertemu dengan insan yang benar-benar sesuai dengan diriku.Selebihnya aku hanya berserah kepada Allah swt untuk menentukannya..Bismillahitawakkaltu 'alallah..

Friday, November 13, 2009

Filem 2012 yang menggegarkan!!!


Salam..

Semalam aku berpeluang menonton filem 2012 yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara.Filem yang bagi aku memang hebat dan mengagumkan.Walaupun aku jarang pergi tengok wayang tapi filem ni betul-betul membuat aku teruja dan tak sabar menanti tayangannya.Mungkin disebabkan pengarah filem ini adalah org yang sama mengarahkan filem "independence day " dan "the day after tomorrow" yang memang bagus ditonton untuk dijadikan pengajaran dan iktibar dalam kehidupan bahawa dunia ni hanya sementara dan tiada yang mustahil untuk berlaku kerana jika Allah swt berkehendakkan sesuatu,Allah swt hanya perlu berkata 'Kun, fayakun( jadi, maka jadilah ia )'.Begitulah kekuasaan Allah swt.

seperti firman Allah swt dalam surah Yasin (ayat ke 82)

"Sesungguhnya jika Allah menghendaki sesuatu, Dia hanya perlu mengatakan Jadi, maka jadilah ia"

Berbalik kepada kisah filem 2012.Filem ni lebih menekankan kepada fenomena alam yang berlaku seterusnya mengakibatkan kemusnahan dunia secara besar-besaran.Akan tetapi, ia dikaitkan dengan pandangan sebuah masyarakat bahawa akan berlaku pengakhiran dunia pada tahun 2012.Bagi aku, pengarah ni cuba menonjolkan bahawa akan terjadi kemusnahan dunia namun terdapat juga orang-orang tertentu yang dapat menyelamatkan diri daripada fenomena tersebut dengan berlindung dalam sebuah bahtera yang dibina dengan teknologi khas di China.Memang mengagumkan bila melihat bagaimana pelakon utama filem ni dapat menyelamatkan diri di Amerika untuk pergi ke China.Pelbagai kemusnahan berlaku didepan mata dengan kesan efek khas yang cukup hebat.Seperti biasa, pengarah cuba menimbulkan babak-babak cemas dan kelakar untuk mewarnai filem arahannya.Aku terasa gegaran kemusnahan yang berlaku itu dan tak dapat dibayangkan bagaimana keadaan aku jika menempuhi situasi itu.Pengarah juga cuba mengaitkan kepercayaan agama bahawa akan berlaku hari kiamat.Namun, secara kesimpulan yang aku dapat lihat ialah sifat kemanusiaan dan tolong-menolong ketika dalam kesusahan memang agak ketara dalam filem ni.Pengarah cuba mengetuk hati penonton dengan lakonan babak menyayat hati dan pengorbanan yang dilakukan bagi membolehkan insan lain memperolehi kebahagiaan.Apa yang paling penting ialah pengarah cuba menyampaikan mesej bahawa hanya orang yang berusaha sedaya upaya, sabar dan tidak berputus asa akan memperolehi kejayaan yang sebenar.Filem ni boleh memberikan impak yang positif bagi mereka yang mahu berfikir tapi tidak memberi kesan kepada mereka yang hanya inginkan hiburan semata-mata...

Tuesday, November 10, 2009

Kembali Aktif....

Salam alaik..

Lamanya aku tak post something dalam blog ni.Rasa rindu plak yang teramat pada blog ni.Entah kenapa semenjak kebelakangan ni aku sangat malas nak tulis dlm blog ni.Hari ni aku akan terus mangaktifkan blog ni dengan lebih agresif..(hehe..)..Exam dah abis.Jadi masa aku akan lebih tertumpu kepada kerja-kerja pengurusan projek persatuan yang perlu aku hadapi menjelang bermulanya semester hadapan.Aku lebih tenang dan bersedia untuk menghadapi masa depan dengan harapan yang menggunung tapi tidak mencecah langit.Setiap langkah aku selepas ini mungkin lebih mencabar dan tercabar.Aku akan meneruskan ia dengan segala kemampuan yang aku ada..Sekian untuk post kali ini...