BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 19, 2010

Nasihat...

Ada seorang lelaki menemui Imam Ahmad Ibn Hanbal R.A , lalu berkata "Nasihatilah aku". Kemudian Imam Ahmad Ibn Hanbal berkata "Jika Allah telah menjamin rezeki, mengapa engkau bersusah payah?Dan jika Allah mengganti sedekah kita, mengapa kita kikir?Jika syurga itu sudah pasti ada, mengapa kita bersantai?Jika api neraka sudah pasti ada, mengapa kita berani melakukan maksiat?Jika pertanyaan mungkar dan nangkir sudah pasti ada, mengapa kita bersenang-senang?Jika dunia itu sudah pasti musnah, mengapa kita ingin hidup tenang?Jika hisab(perhitungan amal) itu sudah pasti ada, mengapa kita lalai?Jika segala sesuatu dengan Qadha' dan Qadar, mengapa kita takut?"

Sunday, March 7, 2010

Perlukah aku "dare to fail"?


Salam..

Dare to fail..suatu perkataan yg cukup terkesan dalam diri aku. Aku mula mengenali perkataan itu semasa aku berkenalan dgn sebuah program televisyen (di kala masih bersekolah rendah ) yg menawarkan hadiah himpunan buku bertajuk "DARE TO FAIL". Semenjak aku mula mendengar perkataan itu, aku sering berfikir dan menilai apakah benar manusia perlu berani untuk gagal. Terasa tak logik pula kerana perkataan itu seolah-olah menggalakkan manusia untuk gagal. Namun setelah aku teliti dan bertanyakan kepada orang yang lebih mengetahui, ternyata ada masa-masa dalam kehidupan ini yang menuntut manusia supaya berani untuk gagal. Ini kerana kejayaan hanya akan menjadi milik orang yang berani melangkah dan mengambil risiko terhadap apa yang bakal dilalui dalam perjalanan hidup yang singkat ini.

Semakin hari aku semakin faham betapa pentingnya keberanian dan kesungguhan dalam menjalani hidup meskipun dihimpit kesusahan dan diuji dengan kegagalan. Aku sendiri sebenarnya sudah beberapa kali gagal. Gagal dalam mendapat apa yang aku hajati dan apa yang aku matlamatkan. Namun kesabaran dan kesungguhan membantu aku untuk meneruskan perjalanan yang serba mencabar ini. Syukur kepada Allah swt kerana aku ditakdirkan memiliki sahabat, guru, dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan sokongan kepada aku. Berani gagal mengajar aku untuk bersedia menghadapi apa sahaja cabaran dan rintangan yang mendatang lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan yang sedang aku pelajari sekarang ini. Majoriti usahawan dan insan yang berjaya pernah menghadapi kegagalan dan keupayaan untuk bangkit dari kegagalan merupakan tonik yang mujarab dalam memastikan genggaman kejayaan sentiasa dalam laluan kita sebagai manusia. Semoga Allah tabahkan hati aku dan melindungi aku daripada musibah yang membinasakan peluang aku untuk menjejaki kejayaan di dunia dan akhirat..Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Friday, March 5, 2010

Kerana Dia..


Salam...

Hari ni berlalu dengan begitu pantas. Tak terasa masa berlalu dan aku terpaku bila terkenangkan apakah yang telah aku usahakan pada hari ini. Tiada perkara yang menarik berlaku. Pagi bermula dengan kelas, kemudian solat jumaat, kemudian berkumpul dengan kawan-kawan ahli Silat Cekak Hanafi. Pelbagai perkara yang dibincangkan daripada imbasan aktiviti lalu hinggalah kepada perancangan masa hadapan. Hari ni terasa kosong seolah-olah ada yang belum terisi. Tapi aku masih tak pasti apakah itu. Banyak lagi assignment yang belum aku siapkan namun aku yakin dapat siapkannya dalam masa terdekat. Aku terkenangkan peristiwa semalam. Sekali lagi aku dimarahi atas masalah yang memang aku tak pernah jangkakan. Aku terima ia sebagai satu pengalaman dan pengajaran bagi aku agar lebih berhati-hati dalam proses penganjuran sesebuah program. Memang manusia ni banyak ragamnya yang kadang-kadang bila difikirkan rasa agak kelakar. Mana tidaknya, masalah yang kecil sengaja diperbesarkan seolah-olah ia merupakan satu bencana yang hebat dan besar. Walaupun begitu, aku tetap yakin Allah swt tidak membebani seseorang dengan apa yang dia tidak berdaya dan meneruskan langkahan dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Semalam juga aku mendapat khabar berita dari seseorang. Kawan lama yang agak mendiamkan diri tapi kini membuka ruang untuk perhubungan kembali terjalin. Dia yang pernah belajar satu sekolah denganku dan dia jugalah yang pernah menggegar pintu hati aku yang aman tenteram ini..huhu..ada sesuatu yang menarik dalam dirinya..Kerana dia aku kembali bersemangat mengatur langkah untuk meneruskan langkahan mengharungi kehidupan dan alam persekolahan satu ketika dulu. Semoga hubungan ini akan berkekalan walaupun tidak sehingga ke gerbang percintaan..