BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 9, 2010

Cinta Halal????

Salam..

setelah sekian lama aku xmenjeling ke blog ni,akhirnya aku dapat luangkan masa untuk menulis sesuatu..setiap kali aku cuba menulis entry ttg cinta,pastinya aku akan dicop sebagai jiwang atau mat cintan.biarlah,semua tu xpernah mengganggu gugat perjalanan tulisan dan luahan yang aku cuba sampaikan.

apa itu cinta yg halal??sebelum ni aku pernah dengar ttg kekasih halal.tapi ada jugak yang bertanya,ada ke kekasih halal?ini disebabkan kita selalu disajikan dengan persepsi bahawa pasangan kekasih adalah lelaki dan perempuan yang belum berkahwin.jadi,ada yang berpandangan bahawa perbuatan tersebut adalah haram.no komen,aku xdapat sama ada bercinta itu sesuatu yang haram atau halal.biarlah mereka yang lebih arif untuk membahaskan perkara sedemikian.aku cuma ingin highlight mengenai KEKASIH HALAL..kekasih halal yang selalu disebut-sebut ialah pasangan suami isteri yang telah secara rasmi melangsungkan pernikahan.jadi,ia disebut sebagai halal kerana mereka bebas melakukan apa sahaja berbanding pasangan yang belum berkahwin.cinta yang halal pula bolehlah didasarkan kepada cinta yang berpaksikan kepada agama semata-mata kerana Allah swt.bkn mudah untuk mendapat cinta yg halal kerana kebanyakan cinta manusia sekarang adalah berpaksikan kpd nafsu semata-mata..namun,xsalah kalau mencuba utk jadikannya sebagai matlamat kehidupan..sekian untuk entry kali ini.semoga berjumpa dalam entry akan datang..

AKU HANYA INGIN CINTA YANG HALAL
DI MATA DUNIA JUGA AKHIRAT
BIAR AKU SEPI AKU HAMPA AKU PASTI TUHAN SAYANG AKU...
AKU HANYA INGIN CINTA YANG HALAL
DENGAN DIA TENTU ATAS IZINNYA
KETIKA CINTA BERTASBIH TUHAN BERI AKU CINTA...
KU MENANTI CINTA....

Thursday, May 6, 2010

bermula suatu kisah yang baru....

Salam alaik..

bertemu sekali lagi dalam entry kali ni.Sebenarnya minggu ini aku baru bermula dengan Latihan Industri yang diwajibkan kepada mahasiswa/i yang mengambil kursus pentadbiran perniagaan.Aku berasa teruja untuk memulakan latihan ini kerana ia merupakan peluang bagi aku untuk menimba pengalaman dan pengetahuan daripada mereka yang terlibat supaya aku dapat memahami selok belok dalam dunia perniagaan terutamanya Marketing..Memang benar seperti yang ramai lecturer aku ckp, bidang Marketing ini sangat menarik dan mencabar kewibawaan seseorang.Bak kata boss aku, kalau jadi org Marketing, memang berpeluang cerah untuk menjadi CEO dalam perniagaan atau membuka perniagaan sendiri.Ini kerana utk menjadi marketer yang baik,kita perlu tahu tentang semua perkara termasuk komunikasi,sales,business relationship dan production.Memang tugas ini agak mencabar tapi bagi mereka yang berjaya melaluinya,ia menyediakan peluang utk pantas maju ke hadapan dalam kehidupan.Aku sedang struggle utk menjadi salesperson yang baik.Bak kata boss aku lagi,dalam marketing ni kita sebenarnya menjual 'diri' dan kita menjual 'idea'.Sangat mendalam maksud beliau..semoga aku berjaya menempuh cabaran baru ini dan terus mengorak langkah utk menjadi insan yang berjaya di dunia dan juga di akhirat..InsyaAllah

Friday, April 30, 2010

Zaman Sekolah....


Bertahun lama aku meninggalkan

Zaman sekolah yang penuh kenangan

Memori indah mengusik di jiwa

Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman

Usik mengusik senda gurauan

Kini setelah kita berjauhan

Semua itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan kali pertama berkenalan

Senyuman mesra menimbulkan tali persahabatan

Kenangan ini masih kusimpan juga semangat buat bekalan

Pesanan guru handai teman buat penyuluh kejayaan

Di sinilah tempat ku berlari

Jatuh tersungkur bangun kembali

Biar diranjau onak yang berduri

Segalanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan

Namun di situ kutemu iktibar

Makin kusedar erti kehidupan

Tak semudah yang difikirkan

Laman sekolahku yang amat kurindu

Teman bermula ku menimba ilmu

Jasamu guru mendidik daku

Namamu selalu di dalam ingatanku..

Thursday, April 22, 2010

Doa Untuk Kemenangan Islam

Assalamua’laikum dan salam sejahtera.

Doa pohon keselamatan dan kemenangan Islam.

(hendaklah selalu membacanya dan sebaik-baiknya membaca selepas solat 5 waktu).

pengertian doa.

wahai Tuhan kami berilah kepada kami perasaan takut kepada Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan, dan berilah kami kesihatan kepada Mu yang menyampaikan kami ke syurga Mu, dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.

wahai Tuhan kami berilah kenikmatan pendengaran. penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam agama kami.

dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak takut menaruh kasihan belas terhadap kami dapat menguasai ke atas kami wahai Tuhan kami, kami memohon pertolongan dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebesaran dan keagungan sifat jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.

wahai Tuhan kami Engkaulah penolong kami maka kepada Engkau kami mohon pertolongan. wahai Tuhan kami Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. wahai Tuhan yang baginya lemah dan hina segala tengkuk pembesar dunia.

dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja firaun, selamatkan kami dari segala penghinaan dan hukuman seksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. tiada Tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarilah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berikanlah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang maha pemurah.

wahai Tuhan Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana Engkau lembutkan besi untuk Nabi Daud. dan Engkau menundukkan mereka seperti Engkau tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Engkau lipat balikkan rancangan jahat mereka supaya mereka berpatah balik ke atas mereka sendiri, dan Engkau hancurkan pendirian mereka dan turunkanlah ya Allah bendera mereka rapat ke bumi.

wahai Tuhan kami yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya. wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. ya Allah butakanlah mata-mata mereka (musuh-musuh Islam) sehingga mereka tidak melihat kecuali cahaya bulan purnama.

L.I oh L.I.......huhu...

Salam..

Minggu ini terasa agak tenang kerana tak ada exam. Masih ada satu lagi paper exam yg perlu aku lalui sebelum berakhirnya semester ini. Kemudian, aku perlu menjalani latihan industri pada awal Mei ini selama 2 bulan. Ini adalah peluang aku untuk menimba pengalaman dan memantapkan ilmu aku berkenaan pemasaran agar dapat aku aplikasikan di alam pekerjaan setelah graduate dari UKM yang disayangi ini.

Dalam perjalanan untuk pergi ke tempat syarikat tersebut beroperasi baru-baru ini, aku telah lalui banyak sangat dugaan. Dah la tak pernah pergi sana, masa dah sampai sana pulak, aku tak dapat cari tempat tersebut. Oleh sebab tak tau sangat jalan, aku pun call la kawan yang duduk kat Kajang utk tanya jalan yang betul. Banyak kali jugak aku pusing2 kat pusat perindustrian tersebut tapi tak jumpa jugak. Nasib baik la sebelum aku putus asa aku cuba dengan lebih teliti ke semua syarikat2 yg beroperasi dan akhirnya aku jumpa. Rupa-rupanya nama yang dipaparkan pada sign board tak sama dengan nama dalam alamat. Sakitnye hati aku. Mungkin agaknya tuhan nak uji kesabaran aku. Alhamdulillah sebab aku belum putus asa walaupun terpaksa mencari dalam keadaan cuaca yang panas dan jalan yang kurang elok. Mungkin ini cabaran awal untuk mulakan tugas aku dalam latihan industri di sana.

Selain itu, aku tiba-tiba dapat call dari alumni nak mintak tolong aku tempah padang UKM utk aktiviti pertandingan bola sepak. Walaupun tak kenal, tapi aku cuba jugak tolong sedaya upaya aku utk mintak kebenaran dari pihak unit sukan. Tak apalah, bkn rugi pun tolong orang lain. Cuma mcm biasa, aku tak berani janji yg aku pasti dapat tolong. Aku cuma ckp yg aku akan cuba tolong. Dapat ke tak dapat, terpulang pada pihak unit sukan.

Hujung minggu ni pulak ade ujian teori dan praktikal SRP Silat Cekak Hanafi di Akademi Silat Cekak Hanafi, Kuala Lumpur. Aku dah ambik SRP, cuma pergi temankan kawan2 lain yg nak ambik ujian. Lagipun, aku perlu tunaikan tanggungjawab aku sebagai YDP persatuan utk memberi sokongan dan dorongan moral kepada anak2 buah aku..hehe..mcm baik je bunyinya….semoga diorang dapat menjalani ujian SRP dengan jayanya..gud luck sahabat2ku…

Tuesday, April 20, 2010

Puisi Cinta...

Ya Allah..

Aku tidak meragukan kekuasaanMu

Ombak di lautanMu yang tenang ini bisa seketika kau buat jadi gelombang yang besar

Yang menenggelamkan segala apa pun yang terapung di atasnya

Aku tidak meragukanMu

Bahkan bila Kau berkehendak

Kau juga bisa membuat matahari terbit dari barat dan tenggelam di timur

Tidak ada yang sulit buatMu Allah

Jadi apa susahnya Kau melembutkan hati mereka dari menjodohkan aku dengan dia

Please, Allah…

Aku memang baru belajar agama tapi aku juga hambaMu

HambaMu yang berhak memohon pertolonganMu

Jadi please, Allah..

Aku mohon dengan sangat..

Aku mohon dengan sangat..

Aku mohon dengan sangat……….

Monday, April 5, 2010

TUHAN..

TUHAN..
DENGARKAN AKU..
KU MEMOHON KEPADAMU..
KU ANGKAT TANGANKU, KU LAFAZKAN LIDAHKU
MENYEBUT NAMAMU TUHAN

TUHAN..
LIHATLAH AKU
KUBERSERAH KEPADAMU
KULETAKKAN KENINGKU BERSUJUD PADAMU
AMPUNI DOSA-DOSAKU

TUHANKU..
JANGAN AMBIL NYAWAKU
SEBELUM KU DEKAT DGNMU
TUHANKU..
SIAPKAN DUNIAKU
UNTUK NANTI TIBA AKHIRATKU

BERAPA NIKMAT YANG TELAH KAU BERI
BERAPA YANG TELAH AKU INGKARI
MASIH PANTASKAH SUJUDKU PADAMU
AKU MALU..AKU MALU...

Friday, March 19, 2010

Nasihat...

Ada seorang lelaki menemui Imam Ahmad Ibn Hanbal R.A , lalu berkata "Nasihatilah aku". Kemudian Imam Ahmad Ibn Hanbal berkata "Jika Allah telah menjamin rezeki, mengapa engkau bersusah payah?Dan jika Allah mengganti sedekah kita, mengapa kita kikir?Jika syurga itu sudah pasti ada, mengapa kita bersantai?Jika api neraka sudah pasti ada, mengapa kita berani melakukan maksiat?Jika pertanyaan mungkar dan nangkir sudah pasti ada, mengapa kita bersenang-senang?Jika dunia itu sudah pasti musnah, mengapa kita ingin hidup tenang?Jika hisab(perhitungan amal) itu sudah pasti ada, mengapa kita lalai?Jika segala sesuatu dengan Qadha' dan Qadar, mengapa kita takut?"

Sunday, March 7, 2010

Perlukah aku "dare to fail"?


Salam..

Dare to fail..suatu perkataan yg cukup terkesan dalam diri aku. Aku mula mengenali perkataan itu semasa aku berkenalan dgn sebuah program televisyen (di kala masih bersekolah rendah ) yg menawarkan hadiah himpunan buku bertajuk "DARE TO FAIL". Semenjak aku mula mendengar perkataan itu, aku sering berfikir dan menilai apakah benar manusia perlu berani untuk gagal. Terasa tak logik pula kerana perkataan itu seolah-olah menggalakkan manusia untuk gagal. Namun setelah aku teliti dan bertanyakan kepada orang yang lebih mengetahui, ternyata ada masa-masa dalam kehidupan ini yang menuntut manusia supaya berani untuk gagal. Ini kerana kejayaan hanya akan menjadi milik orang yang berani melangkah dan mengambil risiko terhadap apa yang bakal dilalui dalam perjalanan hidup yang singkat ini.

Semakin hari aku semakin faham betapa pentingnya keberanian dan kesungguhan dalam menjalani hidup meskipun dihimpit kesusahan dan diuji dengan kegagalan. Aku sendiri sebenarnya sudah beberapa kali gagal. Gagal dalam mendapat apa yang aku hajati dan apa yang aku matlamatkan. Namun kesabaran dan kesungguhan membantu aku untuk meneruskan perjalanan yang serba mencabar ini. Syukur kepada Allah swt kerana aku ditakdirkan memiliki sahabat, guru, dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan sokongan kepada aku. Berani gagal mengajar aku untuk bersedia menghadapi apa sahaja cabaran dan rintangan yang mendatang lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan yang sedang aku pelajari sekarang ini. Majoriti usahawan dan insan yang berjaya pernah menghadapi kegagalan dan keupayaan untuk bangkit dari kegagalan merupakan tonik yang mujarab dalam memastikan genggaman kejayaan sentiasa dalam laluan kita sebagai manusia. Semoga Allah tabahkan hati aku dan melindungi aku daripada musibah yang membinasakan peluang aku untuk menjejaki kejayaan di dunia dan akhirat..Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Friday, March 5, 2010

Kerana Dia..


Salam...

Hari ni berlalu dengan begitu pantas. Tak terasa masa berlalu dan aku terpaku bila terkenangkan apakah yang telah aku usahakan pada hari ini. Tiada perkara yang menarik berlaku. Pagi bermula dengan kelas, kemudian solat jumaat, kemudian berkumpul dengan kawan-kawan ahli Silat Cekak Hanafi. Pelbagai perkara yang dibincangkan daripada imbasan aktiviti lalu hinggalah kepada perancangan masa hadapan. Hari ni terasa kosong seolah-olah ada yang belum terisi. Tapi aku masih tak pasti apakah itu. Banyak lagi assignment yang belum aku siapkan namun aku yakin dapat siapkannya dalam masa terdekat. Aku terkenangkan peristiwa semalam. Sekali lagi aku dimarahi atas masalah yang memang aku tak pernah jangkakan. Aku terima ia sebagai satu pengalaman dan pengajaran bagi aku agar lebih berhati-hati dalam proses penganjuran sesebuah program. Memang manusia ni banyak ragamnya yang kadang-kadang bila difikirkan rasa agak kelakar. Mana tidaknya, masalah yang kecil sengaja diperbesarkan seolah-olah ia merupakan satu bencana yang hebat dan besar. Walaupun begitu, aku tetap yakin Allah swt tidak membebani seseorang dengan apa yang dia tidak berdaya dan meneruskan langkahan dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Semalam juga aku mendapat khabar berita dari seseorang. Kawan lama yang agak mendiamkan diri tapi kini membuka ruang untuk perhubungan kembali terjalin. Dia yang pernah belajar satu sekolah denganku dan dia jugalah yang pernah menggegar pintu hati aku yang aman tenteram ini..huhu..ada sesuatu yang menarik dalam dirinya..Kerana dia aku kembali bersemangat mengatur langkah untuk meneruskan langkahan mengharungi kehidupan dan alam persekolahan satu ketika dulu. Semoga hubungan ini akan berkekalan walaupun tidak sehingga ke gerbang percintaan..

Saturday, February 27, 2010

Salam Maulidur Rasul..


Salam...

Maulidur Rasul merupakan sambutan yang sering disambut oleh umat Islam saban tahun..Pelbagai aktiviti diadakan seperti perarakan,marhaban,syarahan agama dan makan2...(bak kata Ustaz Ismail Kamus)..hehe..Pelbagai isu yang timbul berkenaan sambutan Maulidur Rasul yang dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab..Sekian lama umat islam dibiarkan beranggapan bahawa sambutan Maulidur Rasul merupakan cara untuk meluahkan cinta kepada Rasulullah S.A.W..Rasul junjungan kita merupakan insan terpilih dan contoh ikutan terbaik dalam kehidupan seharian..Dalam membicarakan mengenai sunnah, ada yang mengatakan perkara-perkara yang tiada dalam sunnah merupakan perkara bida'ah..Biarlah hanya mereka yang berilmu membicarakan mengenai perkara tersebut..Apa yang ingin aku perkatakan mungkin lebih kepada perarakan menyambut Maulidur Rasul yang biasa diadakan di Malaysia..Mengenai perarakan Maulidur Rasul yang dikatakan dibatalkan di Pulau Pinang, aku rasa agak kelakar kerana umat islam kini lebih mementingkan perarakan berbanding menyuburkan sunnah..Pelbagai perkara bida'ah dan maksiat dibiarkan berleluasa tetapi perarakan dijadikan isu..Walaupun kerajaan Pulau Pinang menjawab bahawa perarakan bukan dibatalkan sebaliknya disemarakkan dengan pelbagai program, pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terus menjadikan isu..Sampaikan rancangan Hujah di TV9 turut membicarakan mengenai perkara tersebut yang dianggap menyebabkan orang Melayu lemah..orang Melayu lemah kerana tiada perarakan Maulidur Rasul??suatu kenyataan yang agak kelakar..sepatutnya umat Islam lebih memikirkan bagaimana untuk menyuburkan sunnah Rasulullah S.A.W, bukannya perarakan..Walaupun begitu, bukanlah menjadi kesalahan untuk mengadakan perarakan Maulidur Rasul tetapi fokus utama adalah penghayatan Maulidur Rasul itu sendiri..setiap umat Islam termasuklah diri aku sendiri sepatutnya cuba mengkaji dan menghayati perjuangan Rasulullah S.A.W dari keadaan yang sangat sukar sehinggalah kepada zaman kegemilangan Islam yang berjaya memerintahkan Madinah dan menawan Makkah..Semoga Sambutan Maulidur Rasul diimarahkan dengan majlis2 ilmu bagi menerapkan ciri2 personaliti baginda kepada anak-anak muda masa kini..Hidupkan Sunnah, Perangi Bida'ah..

Friday, February 19, 2010

Hari Ini dan Semalam...


Salam..

Agak lama rasanya aku tak update blog ni..entah la, tiba-tiba aku rasa kekeringan idea untuk aku luahkan dalam blog yg disayangi ini.Pelbagai peristiwa yg berlaku dan tiada yg aku abadikan dlm blog ini..Program di Pulau Pangkor bersama ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM, Kem Insan Cemerlang di Selama, Perak bersama ahli Persatuan Mahasiswa Darul Ridzuan UKM dan majlis perkahwinan kakak aku yang baru berlangsung beberapa hari yg lalu telah berlaku begitu sahaja.Aku berpuas hati dengan apa yg telah aku usahakan namun perlu untuk penambahbaikan lagi.Aku dapat rasakan seolah-olah semangat dan minat aku telah disentap oleh sesuatu yang aku sendiri tak pasti.Perasaan yg selama ini telah aku padam tiba-tiba muncul kembali untuk menguji kesabaran dan kekentalan jiwa aku..

Selama beberapa ketika, aku dapat rasakan bahawa aku perlu teruskan usaha aku untuk memantapkan lagi blog ini.Hari ini akan aku mulakan dan semalam menjadi pengalaman yg berguna bagi aku.Semoga aku dapat teruskan hari-hari yg mendatang dengan penuh keazaman yang kuat..