BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 10, 2011

Bicara kata...~~



Manis bicara indah tuturkata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah berkata nista
Lidah yang tiada bertulang mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara..

Lidah merupakan anugerah tuhan yang tak ternilai harganya. Rasanya tak ada manusia yang waras yang sanggup menggantikan nikmat lidah dengan wang ringgit. Namun sayangnya ramai di kalangan manusia yang tak sedar betapa besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia. Kerana lidah dua pihak yang bermusuhan dapat disatukan dan didamaikan, begitu juga sebaliknya dengan lidah juga dua pihak yang damai dapat dipisahkan dan dihuru-harakan. Bicara kata yang baik merupakan satu penawar dan penyembuh kepada kedukaan dan kesengsaraan manusia. Segala kekecewaan dan kesedihan akan terubat dengan kata-kata nasihat dan pedoman yang diterima daripada sumber yang baik. Bicara kata yang songsang pula merupakan pembakar kepada amarah dan dendam kesumat antara manusia. Segala kebaikan dan keluhuran hati akan terhapus dek kerana kata-kata yang nista, fitnah, tohmahan dan hinaan yang dilemparkan oleh sumber yang kurang baik. Teringat aku pada satu kisah di mana Al-Imam Al-Ghazali ketika beliau bertanya kepada anak muridnya, apakah benda yang paling tajam di dunia ini??Lalu bertubi-tubi jawapan yang diterima daripada anak muridnya yang mencerminkan senjata-senjata ciptaan manusia seperti pedang, pisau, belati dan yang seangkatan dengannya. Kemudian dijawab oleh Al-Imam Al-Ghazali..Tidak,benda yang paling tajam di dunia ini adalah lidah. Demikian besarnya impak yang boleh dijelmakan oleh lidah tapi dipandang ringan oleh sekalian manusia. Secara kesimpulannya marilah kita sama-sama menjaga lidah dan tuturkata kita daripada menuturkan perkara-perkara yang tidak benar,mengumpat,memfitnah,mengaibkan dan mengeji org lain. Semoga kehidupan kita akan menjadi lebih bahagia dan mendapat rahmat daripadaNya..aminn

Monday, August 9, 2010

Cinta Halal????

Salam..

setelah sekian lama aku xmenjeling ke blog ni,akhirnya aku dapat luangkan masa untuk menulis sesuatu..setiap kali aku cuba menulis entry ttg cinta,pastinya aku akan dicop sebagai jiwang atau mat cintan.biarlah,semua tu xpernah mengganggu gugat perjalanan tulisan dan luahan yang aku cuba sampaikan.

apa itu cinta yg halal??sebelum ni aku pernah dengar ttg kekasih halal.tapi ada jugak yang bertanya,ada ke kekasih halal?ini disebabkan kita selalu disajikan dengan persepsi bahawa pasangan kekasih adalah lelaki dan perempuan yang belum berkahwin.jadi,ada yang berpandangan bahawa perbuatan tersebut adalah haram.no komen,aku xdapat sama ada bercinta itu sesuatu yang haram atau halal.biarlah mereka yang lebih arif untuk membahaskan perkara sedemikian.aku cuma ingin highlight mengenai KEKASIH HALAL..kekasih halal yang selalu disebut-sebut ialah pasangan suami isteri yang telah secara rasmi melangsungkan pernikahan.jadi,ia disebut sebagai halal kerana mereka bebas melakukan apa sahaja berbanding pasangan yang belum berkahwin.cinta yang halal pula bolehlah didasarkan kepada cinta yang berpaksikan kepada agama semata-mata kerana Allah swt.bkn mudah untuk mendapat cinta yg halal kerana kebanyakan cinta manusia sekarang adalah berpaksikan kpd nafsu semata-mata..namun,xsalah kalau mencuba utk jadikannya sebagai matlamat kehidupan..sekian untuk entry kali ini.semoga berjumpa dalam entry akan datang..

AKU HANYA INGIN CINTA YANG HALAL
DI MATA DUNIA JUGA AKHIRAT
BIAR AKU SEPI AKU HAMPA AKU PASTI TUHAN SAYANG AKU...
AKU HANYA INGIN CINTA YANG HALAL
DENGAN DIA TENTU ATAS IZINNYA
KETIKA CINTA BERTASBIH TUHAN BERI AKU CINTA...
KU MENANTI CINTA....

Thursday, May 6, 2010

bermula suatu kisah yang baru....

Salam alaik..

bertemu sekali lagi dalam entry kali ni.Sebenarnya minggu ini aku baru bermula dengan Latihan Industri yang diwajibkan kepada mahasiswa/i yang mengambil kursus pentadbiran perniagaan.Aku berasa teruja untuk memulakan latihan ini kerana ia merupakan peluang bagi aku untuk menimba pengalaman dan pengetahuan daripada mereka yang terlibat supaya aku dapat memahami selok belok dalam dunia perniagaan terutamanya Marketing..Memang benar seperti yang ramai lecturer aku ckp, bidang Marketing ini sangat menarik dan mencabar kewibawaan seseorang.Bak kata boss aku, kalau jadi org Marketing, memang berpeluang cerah untuk menjadi CEO dalam perniagaan atau membuka perniagaan sendiri.Ini kerana utk menjadi marketer yang baik,kita perlu tahu tentang semua perkara termasuk komunikasi,sales,business relationship dan production.Memang tugas ini agak mencabar tapi bagi mereka yang berjaya melaluinya,ia menyediakan peluang utk pantas maju ke hadapan dalam kehidupan.Aku sedang struggle utk menjadi salesperson yang baik.Bak kata boss aku lagi,dalam marketing ni kita sebenarnya menjual 'diri' dan kita menjual 'idea'.Sangat mendalam maksud beliau..semoga aku berjaya menempuh cabaran baru ini dan terus mengorak langkah utk menjadi insan yang berjaya di dunia dan juga di akhirat..InsyaAllah

Friday, April 30, 2010

Zaman Sekolah....


Bertahun lama aku meninggalkan

Zaman sekolah yang penuh kenangan

Memori indah mengusik di jiwa

Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman

Usik mengusik senda gurauan

Kini setelah kita berjauhan

Semua itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan kali pertama berkenalan

Senyuman mesra menimbulkan tali persahabatan

Kenangan ini masih kusimpan juga semangat buat bekalan

Pesanan guru handai teman buat penyuluh kejayaan

Di sinilah tempat ku berlari

Jatuh tersungkur bangun kembali

Biar diranjau onak yang berduri

Segalanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan

Namun di situ kutemu iktibar

Makin kusedar erti kehidupan

Tak semudah yang difikirkan

Laman sekolahku yang amat kurindu

Teman bermula ku menimba ilmu

Jasamu guru mendidik daku

Namamu selalu di dalam ingatanku..

Thursday, April 22, 2010

Doa Untuk Kemenangan Islam

Assalamua’laikum dan salam sejahtera.

Doa pohon keselamatan dan kemenangan Islam.

(hendaklah selalu membacanya dan sebaik-baiknya membaca selepas solat 5 waktu).

pengertian doa.

wahai Tuhan kami berilah kepada kami perasaan takut kepada Mu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan, dan berilah kami kesihatan kepada Mu yang menyampaikan kami ke syurga Mu, dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.

wahai Tuhan kami berilah kenikmatan pendengaran. penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam agama kami.

dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya kami dan tidak sampai batasan ilmu kami. dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak takut menaruh kasihan belas terhadap kami dapat menguasai ke atas kami wahai Tuhan kami, kami memohon pertolongan dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebesaran dan keagungan sifat jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.

wahai Tuhan kami Engkaulah penolong kami maka kepada Engkau kami mohon pertolongan. wahai Tuhan kami Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. wahai Tuhan yang baginya lemah dan hina segala tengkuk pembesar dunia.

dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja firaun, selamatkan kami dari segala penghinaan dan hukuman seksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. tiada Tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarilah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berikanlah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang maha pemurah.

wahai Tuhan Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana Engkau lembutkan besi untuk Nabi Daud. dan Engkau menundukkan mereka seperti Engkau tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Engkau lipat balikkan rancangan jahat mereka supaya mereka berpatah balik ke atas mereka sendiri, dan Engkau hancurkan pendirian mereka dan turunkanlah ya Allah bendera mereka rapat ke bumi.

wahai Tuhan kami yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya. wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. ya Allah butakanlah mata-mata mereka (musuh-musuh Islam) sehingga mereka tidak melihat kecuali cahaya bulan purnama.

L.I oh L.I.......huhu...

Salam..

Minggu ini terasa agak tenang kerana tak ada exam. Masih ada satu lagi paper exam yg perlu aku lalui sebelum berakhirnya semester ini. Kemudian, aku perlu menjalani latihan industri pada awal Mei ini selama 2 bulan. Ini adalah peluang aku untuk menimba pengalaman dan memantapkan ilmu aku berkenaan pemasaran agar dapat aku aplikasikan di alam pekerjaan setelah graduate dari UKM yang disayangi ini.

Dalam perjalanan untuk pergi ke tempat syarikat tersebut beroperasi baru-baru ini, aku telah lalui banyak sangat dugaan. Dah la tak pernah pergi sana, masa dah sampai sana pulak, aku tak dapat cari tempat tersebut. Oleh sebab tak tau sangat jalan, aku pun call la kawan yang duduk kat Kajang utk tanya jalan yang betul. Banyak kali jugak aku pusing2 kat pusat perindustrian tersebut tapi tak jumpa jugak. Nasib baik la sebelum aku putus asa aku cuba dengan lebih teliti ke semua syarikat2 yg beroperasi dan akhirnya aku jumpa. Rupa-rupanya nama yang dipaparkan pada sign board tak sama dengan nama dalam alamat. Sakitnye hati aku. Mungkin agaknya tuhan nak uji kesabaran aku. Alhamdulillah sebab aku belum putus asa walaupun terpaksa mencari dalam keadaan cuaca yang panas dan jalan yang kurang elok. Mungkin ini cabaran awal untuk mulakan tugas aku dalam latihan industri di sana.

Selain itu, aku tiba-tiba dapat call dari alumni nak mintak tolong aku tempah padang UKM utk aktiviti pertandingan bola sepak. Walaupun tak kenal, tapi aku cuba jugak tolong sedaya upaya aku utk mintak kebenaran dari pihak unit sukan. Tak apalah, bkn rugi pun tolong orang lain. Cuma mcm biasa, aku tak berani janji yg aku pasti dapat tolong. Aku cuma ckp yg aku akan cuba tolong. Dapat ke tak dapat, terpulang pada pihak unit sukan.

Hujung minggu ni pulak ade ujian teori dan praktikal SRP Silat Cekak Hanafi di Akademi Silat Cekak Hanafi, Kuala Lumpur. Aku dah ambik SRP, cuma pergi temankan kawan2 lain yg nak ambik ujian. Lagipun, aku perlu tunaikan tanggungjawab aku sebagai YDP persatuan utk memberi sokongan dan dorongan moral kepada anak2 buah aku..hehe..mcm baik je bunyinya….semoga diorang dapat menjalani ujian SRP dengan jayanya..gud luck sahabat2ku…

Tuesday, April 20, 2010

Puisi Cinta...

Ya Allah..

Aku tidak meragukan kekuasaanMu

Ombak di lautanMu yang tenang ini bisa seketika kau buat jadi gelombang yang besar

Yang menenggelamkan segala apa pun yang terapung di atasnya

Aku tidak meragukanMu

Bahkan bila Kau berkehendak

Kau juga bisa membuat matahari terbit dari barat dan tenggelam di timur

Tidak ada yang sulit buatMu Allah

Jadi apa susahnya Kau melembutkan hati mereka dari menjodohkan aku dengan dia

Please, Allah…

Aku memang baru belajar agama tapi aku juga hambaMu

HambaMu yang berhak memohon pertolonganMu

Jadi please, Allah..

Aku mohon dengan sangat..

Aku mohon dengan sangat..

Aku mohon dengan sangat……….