BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 10, 2011

Bicara kata...~~



Manis bicara indah tuturkata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah berkata nista
Lidah yang tiada bertulang mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara..

Lidah merupakan anugerah tuhan yang tak ternilai harganya. Rasanya tak ada manusia yang waras yang sanggup menggantikan nikmat lidah dengan wang ringgit. Namun sayangnya ramai di kalangan manusia yang tak sedar betapa besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia. Kerana lidah dua pihak yang bermusuhan dapat disatukan dan didamaikan, begitu juga sebaliknya dengan lidah juga dua pihak yang damai dapat dipisahkan dan dihuru-harakan. Bicara kata yang baik merupakan satu penawar dan penyembuh kepada kedukaan dan kesengsaraan manusia. Segala kekecewaan dan kesedihan akan terubat dengan kata-kata nasihat dan pedoman yang diterima daripada sumber yang baik. Bicara kata yang songsang pula merupakan pembakar kepada amarah dan dendam kesumat antara manusia. Segala kebaikan dan keluhuran hati akan terhapus dek kerana kata-kata yang nista, fitnah, tohmahan dan hinaan yang dilemparkan oleh sumber yang kurang baik. Teringat aku pada satu kisah di mana Al-Imam Al-Ghazali ketika beliau bertanya kepada anak muridnya, apakah benda yang paling tajam di dunia ini??Lalu bertubi-tubi jawapan yang diterima daripada anak muridnya yang mencerminkan senjata-senjata ciptaan manusia seperti pedang, pisau, belati dan yang seangkatan dengannya. Kemudian dijawab oleh Al-Imam Al-Ghazali..Tidak,benda yang paling tajam di dunia ini adalah lidah. Demikian besarnya impak yang boleh dijelmakan oleh lidah tapi dipandang ringan oleh sekalian manusia. Secara kesimpulannya marilah kita sama-sama menjaga lidah dan tuturkata kita daripada menuturkan perkara-perkara yang tidak benar,mengumpat,memfitnah,mengaibkan dan mengeji org lain. Semoga kehidupan kita akan menjadi lebih bahagia dan mendapat rahmat daripadaNya..aminn

0 comments: