BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 5, 2010

Kerana Dia..


Salam...

Hari ni berlalu dengan begitu pantas. Tak terasa masa berlalu dan aku terpaku bila terkenangkan apakah yang telah aku usahakan pada hari ini. Tiada perkara yang menarik berlaku. Pagi bermula dengan kelas, kemudian solat jumaat, kemudian berkumpul dengan kawan-kawan ahli Silat Cekak Hanafi. Pelbagai perkara yang dibincangkan daripada imbasan aktiviti lalu hinggalah kepada perancangan masa hadapan. Hari ni terasa kosong seolah-olah ada yang belum terisi. Tapi aku masih tak pasti apakah itu. Banyak lagi assignment yang belum aku siapkan namun aku yakin dapat siapkannya dalam masa terdekat. Aku terkenangkan peristiwa semalam. Sekali lagi aku dimarahi atas masalah yang memang aku tak pernah jangkakan. Aku terima ia sebagai satu pengalaman dan pengajaran bagi aku agar lebih berhati-hati dalam proses penganjuran sesebuah program. Memang manusia ni banyak ragamnya yang kadang-kadang bila difikirkan rasa agak kelakar. Mana tidaknya, masalah yang kecil sengaja diperbesarkan seolah-olah ia merupakan satu bencana yang hebat dan besar. Walaupun begitu, aku tetap yakin Allah swt tidak membebani seseorang dengan apa yang dia tidak berdaya dan meneruskan langkahan dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Semalam juga aku mendapat khabar berita dari seseorang. Kawan lama yang agak mendiamkan diri tapi kini membuka ruang untuk perhubungan kembali terjalin. Dia yang pernah belajar satu sekolah denganku dan dia jugalah yang pernah menggegar pintu hati aku yang aman tenteram ini..huhu..ada sesuatu yang menarik dalam dirinya..Kerana dia aku kembali bersemangat mengatur langkah untuk meneruskan langkahan mengharungi kehidupan dan alam persekolahan satu ketika dulu. Semoga hubungan ini akan berkekalan walaupun tidak sehingga ke gerbang percintaan..

0 comments: