BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 7, 2010

Perlukah aku "dare to fail"?


Salam..

Dare to fail..suatu perkataan yg cukup terkesan dalam diri aku. Aku mula mengenali perkataan itu semasa aku berkenalan dgn sebuah program televisyen (di kala masih bersekolah rendah ) yg menawarkan hadiah himpunan buku bertajuk "DARE TO FAIL". Semenjak aku mula mendengar perkataan itu, aku sering berfikir dan menilai apakah benar manusia perlu berani untuk gagal. Terasa tak logik pula kerana perkataan itu seolah-olah menggalakkan manusia untuk gagal. Namun setelah aku teliti dan bertanyakan kepada orang yang lebih mengetahui, ternyata ada masa-masa dalam kehidupan ini yang menuntut manusia supaya berani untuk gagal. Ini kerana kejayaan hanya akan menjadi milik orang yang berani melangkah dan mengambil risiko terhadap apa yang bakal dilalui dalam perjalanan hidup yang singkat ini.

Semakin hari aku semakin faham betapa pentingnya keberanian dan kesungguhan dalam menjalani hidup meskipun dihimpit kesusahan dan diuji dengan kegagalan. Aku sendiri sebenarnya sudah beberapa kali gagal. Gagal dalam mendapat apa yang aku hajati dan apa yang aku matlamatkan. Namun kesabaran dan kesungguhan membantu aku untuk meneruskan perjalanan yang serba mencabar ini. Syukur kepada Allah swt kerana aku ditakdirkan memiliki sahabat, guru, dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan sokongan kepada aku. Berani gagal mengajar aku untuk bersedia menghadapi apa sahaja cabaran dan rintangan yang mendatang lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan yang sedang aku pelajari sekarang ini. Majoriti usahawan dan insan yang berjaya pernah menghadapi kegagalan dan keupayaan untuk bangkit dari kegagalan merupakan tonik yang mujarab dalam memastikan genggaman kejayaan sentiasa dalam laluan kita sebagai manusia. Semoga Allah tabahkan hati aku dan melindungi aku daripada musibah yang membinasakan peluang aku untuk menjejaki kejayaan di dunia dan akhirat..Amin Ya Rabbal 'Alamin..

3 comments:

Fathi Adha said...

Berani Untuk Gagal...

namun tak semua org masih berani bertindak demikian...

aku dan sesuatu.. said...

perkataan yg sebenar ialah Berani Gagal..bukan Berani Untuk Gagal..lain maknanya..hehe

Siti SArah Ahmad Rusli said...

terlalu tinggi bahasa ko niih..tak tercapai akal ku