BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 13, 2009

Filem 2012 yang menggegarkan!!!


Salam..

Semalam aku berpeluang menonton filem 2012 yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh negara.Filem yang bagi aku memang hebat dan mengagumkan.Walaupun aku jarang pergi tengok wayang tapi filem ni betul-betul membuat aku teruja dan tak sabar menanti tayangannya.Mungkin disebabkan pengarah filem ini adalah org yang sama mengarahkan filem "independence day " dan "the day after tomorrow" yang memang bagus ditonton untuk dijadikan pengajaran dan iktibar dalam kehidupan bahawa dunia ni hanya sementara dan tiada yang mustahil untuk berlaku kerana jika Allah swt berkehendakkan sesuatu,Allah swt hanya perlu berkata 'Kun, fayakun( jadi, maka jadilah ia )'.Begitulah kekuasaan Allah swt.

seperti firman Allah swt dalam surah Yasin (ayat ke 82)

"Sesungguhnya jika Allah menghendaki sesuatu, Dia hanya perlu mengatakan Jadi, maka jadilah ia"

Berbalik kepada kisah filem 2012.Filem ni lebih menekankan kepada fenomena alam yang berlaku seterusnya mengakibatkan kemusnahan dunia secara besar-besaran.Akan tetapi, ia dikaitkan dengan pandangan sebuah masyarakat bahawa akan berlaku pengakhiran dunia pada tahun 2012.Bagi aku, pengarah ni cuba menonjolkan bahawa akan terjadi kemusnahan dunia namun terdapat juga orang-orang tertentu yang dapat menyelamatkan diri daripada fenomena tersebut dengan berlindung dalam sebuah bahtera yang dibina dengan teknologi khas di China.Memang mengagumkan bila melihat bagaimana pelakon utama filem ni dapat menyelamatkan diri di Amerika untuk pergi ke China.Pelbagai kemusnahan berlaku didepan mata dengan kesan efek khas yang cukup hebat.Seperti biasa, pengarah cuba menimbulkan babak-babak cemas dan kelakar untuk mewarnai filem arahannya.Aku terasa gegaran kemusnahan yang berlaku itu dan tak dapat dibayangkan bagaimana keadaan aku jika menempuhi situasi itu.Pengarah juga cuba mengaitkan kepercayaan agama bahawa akan berlaku hari kiamat.Namun, secara kesimpulan yang aku dapat lihat ialah sifat kemanusiaan dan tolong-menolong ketika dalam kesusahan memang agak ketara dalam filem ni.Pengarah cuba mengetuk hati penonton dengan lakonan babak menyayat hati dan pengorbanan yang dilakukan bagi membolehkan insan lain memperolehi kebahagiaan.Apa yang paling penting ialah pengarah cuba menyampaikan mesej bahawa hanya orang yang berusaha sedaya upaya, sabar dan tidak berputus asa akan memperolehi kejayaan yang sebenar.Filem ni boleh memberikan impak yang positif bagi mereka yang mahu berfikir tapi tidak memberi kesan kepada mereka yang hanya inginkan hiburan semata-mata...

0 comments: