BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 21, 2009

Talentime....


Salam alaik..

Entah kenapa semenjak kebelakangan ini, aku suka membuat penilaian peribadi dan penghayatan untuk beberapa filem yang aku baru tonton untuk dijadikan teladan dan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian. Kali ni aku sedikit teruja untuk menulis serba sedikit pandangan peribadi mengenai filem ini. Bukan sahaja kerana kebanyakan penggambaran dilakukan di Anderson School, bekas sekolah aku tetapi juga filem ni telah membuatkan aku menitis airmata ketika menghayati jalan cerita filem ini dan cara penyampaian pengarah filem yang cukup menyentuh hati. Aku sendiri hairan kerana dah lama aku tak menitiskan airmata untuk membersihkan kelopak mata ini. Mungkin kerana aku secara tiba-tiba terkenangkan ibu aku dan kesusahan yang telah kami alami dalam menempuh kehidupan ini. Corak penyampaian pengarah filem ini iaitu Allahyarhamah Yasmin Ahmad tidak banyak berbeza berbanding filem-filem yang terdahulu arahan beliau. Cuma pada kali ini aku dapat merasakan sesuatu yang special melalui penterjemahan watak seorang lelaki India bisu yang bercinta dengan gadis Melayu. Kerinduan aku terhadap sekolah Anderson sedikit terubat apabila melihat penggambaran di sekolah itu dan sekitar kawasan Ipoh yang memang menjadi tempat aku menimba ilmu suatu ketika dulu. Kenangan pahit getir yang aku lalui mulai menggamit memori dan menyumbang kepada perasaan yang sedikit tersentuh ini. Kembali kepada kisah 'talentime', aku salute dengan corak penyampaian mesej yang ingin disampaikan dan diserikan lagi dengan lagu latar yang sentimental dan segar. Kisah mengenai hubungan kekeluargaan yang erat disulami kasih sayang yang tiada penghujungnya. Lakonan mantap para pelakon yang terdiri dari pelbagai bangsa menambah seri kepada filem ini yang boleh dikategorikan sebagai filem lima bintang..Semoga pengajaran daripada filem ini dijadikan pengajaran dan iktibar bagi kita semua..

0 comments: