BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 24, 2009

Aku dan bidadari..


Semakin hari hati aku menjadi semakin resah.Aku menanti bidadari yang dapat membuatkan hidupku lebih indah dan terarah.Namun, persoalan yang selalu bermain di hati aku ialah siapa gerangan bidadari itu.Apakah dia insan yang pernah ku kenal dulu ataupun insan yang baru sahaja ku kenali.Aku masih menunggu jawapannya.Hati ini semakin rindu tatkala terkenangkan keayuan wajahnya, kelembutan tutur katanya, kesopanan tingkahlakunya dan kedinginan bicaranya.Aku masih mencari cinta.Cinta yang tidak pasti dan tidak pernah menjamin kebahagiaan sepanjang hayat.Menikmati cinta umpama sedang meniti titian yang rapuh.Sentiasa berhadapan dengan risiko untuk terjatuh andai tidak mengimbangi badan dengan baik.Kadang kala aku terasa bagai ingin mencinta dan dicintai namun terkadang hati ini terlalu berhati-hati menerima cinta.Cinta ialah bagaimana memberi bukan bagaimana menerima.Cinta tak semestinya memiliki tapi sentiasa memahami.Andai kita cintakan seseorang, lepaskanlah ia pergi.Andai terbukti ia milik kita, dia akan kembali untuk terus bersama melalui suka dan duka bersama.Cinta seumpama kapal terbang..terlalu payah untuk memulakan perjalanan, apabila dalam perjalanan terasa diri ini di awang-awangan dan tidak akan berhenti selagi belum tiba di destinasi.Andai terhenti jua, bermakna akan terhempaslah kapal terbang tersebut dan terhapuslah perjalanan yang indah itu.Ini merupakan persepsi yang umum mengenai cinta.Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Benarlah penantian ini adalah suatu penyeksaan.Di manakah bidadari itu?Apa yang perlu aku lakukan andai ada insan lain mengetuk pintu hatiku setelah dia?Aku sentiasa bermain dengan risiko..Bergelumang dengan ketidakpastian yang menebal.Aku mengharap agar dia segera kembali menerangi hatiku.Aku berharap agar dia dapat memahami isi hatiku.Mungkin benar apa yang telah di teorikan oleh Stephen Covey iaitu 7 habits of the effective people.Antara yang aku ingat ialah mulakan sesuatu dengan mengingati matlamat dan cuba memahami sebelum difahami.Apa yang mampu aku lakukan sekarang ialah teruskan kehidupan seperti biasa dengan cuba mencari diri aku yang sebenar.

“ Sesungguhnya perjuangan ini belum selesai ”

0 comments: