BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 5, 2009

Aku, KBS dan Stadium Melawati Shah Alam..

Salam

Semalam, aku dan Aiman pergi ke Stadium Melawati, Shah Alam untuk menghadiri satu forum perdana.Panel yang terlibat ok jugak.Tajuk yang diperbincangkan ialah " Islam Memimpin Perubahan".memang aku ternanti-nanti saat ketika Islam menjadi teraju kepada kepimpinan negara ini..huhu..pelbagai isu diperbincangkan.Antaranya krisis di Perak, bencana stadium di Terengganu, dan juga perkembangan terkini Kerajaan Selangor.Aku mendengar dan puas hati dengan kupasan dari para panel yang terlibat.

Hari ni, aku dan Nisa pergi ke Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dengan pertolongan Azwan dari Uniten.Thanks, Azwan..heh, adik Nisa pun ade gak.Sampai di KBS, kami dipertemukan dengan salah seorang pegawai yang bertugas.Kami telah berbincang dan mendapat sedikit info mengenai cara-cara berurusan dengan pihak kementerian serta aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kementerian.Ada respon positif mengenai projek ni tapi masih perlu menunggu keputusan mesyuarat minggu depan.Selepas habis je, kami terus balik.Sampai je di UKM, aku bergegas bertolak ke Shah Alam untuk menyertai satu aktiviti(………..).Singgah jap solat Jumaat di Masjid Al-Falah, USJ 9.Habis solat, aku terus sambung perjalanan ke Stadium Melawati, Shah Alam.Aku pergi dengan Aiman.Sampai di sana, jalan-jalan cari makan dulu..laporr..hehe..memang menarik suasana di sana, terasa aku berada disebuah Negara Islam dan lingkungan environment Islam yang tenang.Dengan puji-pujian kepada Allah, wanita yang berpakaian sopan(penyejuk mata) dan keluarga yang sama-sama hadir untuk memeriahkan suasana.Setelah selesai agenda di situ,aku pun pulang ke UKM.Aduhai..rupa-rupanya masih banyak perkara yang belum selesai tapi aku yakin akan dapat selesaikan menjelang isnin ini..InsyaAllah..

0 comments: