BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 3, 2009

Bicara perkembangan semasa..

Hari ni aku meneruskan kerja-kerja berkenaan wajadiri.Entah kenapa, terasa letih sangat badan aku ni.Yela, asyik tidur lambat, bangun awal, pastu tak de masa nak tido siang..huhu..tapi aku tak pernah rasa terbeban sebab aku buat ikhlas kerana Allah swt.Tadi aku pegi MPKj, atas urusan mohon MPKj sebagai organisasi untuk bekerjasama.Nampak macam positif tapi still kena tunggu keputusan mesyuarat pihak pengurusan.Habis je urusan di sana, aku terus balik UKM.Malas dah nak merayap ke mana-mana.Lepas tu, sambung kerja-kerja yang terbengkalai di bilik persatuan.Ada beberapa tugas yang perlu aku selesaikan sepanjang minggu ini.Bermula dengan kem pemantapan organisasi, jelajah wajadiri yang ada 4 fasa seterusnya untuk wajadiri yang sememangnya menjadi agenda utama aku untuk dituju.Dalam perjalanan ke arah itu, pelbagai usaha dan strategi telah aku susun untuk memantapkan lagi persediaan menghadapi kejohanan wajadiri ini.InsyaAllah, dengan penyusunan strategi dan pelaksanaan, segalanya akan berjalan lancar.

0 comments: