BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 30, 2009

Keranamu An-Nisa'




Dalam meniti arus kehidupan ini, hidup aku tak pernah sunyi daripada kehadiran an-Nisa’(Wanita).Setiap kali sentuhan keramat itu singgah dalam titian hidup ini, aku menjadi segar dan bersemangat untuk meneruskan liku-liku kehidupan yang serba mencabar ini.Ibu aku merupakan Khairun Nisa’(sebaik-baik wanita) yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada diriku.Ketabahan dan kemuliaan hati seorang ibu sering menjadi azimat yang sangat bermakna bagi diriku.Ibu aku menjadi insan yang setia menemani aku di saat aku susah dan senang.Pengorbanannya sangat besar dan berharga.Tiada apa di dunia ini yang dapat menandingi kehebatan sentuhan seorang ibu.Sebagai seorang anak, aku sentiasa bersedia menjalankan tugas aku untuk menyayangi dan mambalas jasa seorang ibu.Mungkin disebabkan aku hanya mempunyai seorang ibu di dunia ini dan ayahku telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun yang lalu. Syurga itu berada di bawah telapak kaki seorang ibu.Madah keramat ini bukanlah satu perumpamaan semata-mata malah membenarkan tuntutan dalam Islam bahawa tidak akan masuk syurga seseorang yang telah menderhakai seorang ibu.Kedudukan seorang ibu sangat tinggi di sisi Islam.

Untuk menambahkan kemanisan dalam kehidupan ini, kehadiran an-nisa’ yang lain pula mewarnai perjalanan hidup aku.Dalam usia menjangkau 19 tahun, aku telah dipertemukan dengan Nenek aku yang kini berada di Temerloh, Pahang.Terima kasih kepada Mak Ngah( adik ibu aku) yang telah membawa aku untuk bertemu dengan ibu kepada ibu aku yang sebenar.Walaupun aku baru sahaja mengenali keluarga nenek aku yang telah lama terpisah dari ibu aku, pertalian ini bagaikan terlalu rapat dan telah lama saling mengenali.Aku disayangi tanpa perasaan berbelah bahagi dan curiga.Keadaan ini membuatkan aku tenang ketika berada di rumah nenekku di temerloh.Terima kasih juga kepada Mak Ngah dan Pak Ngah yang telah menunjukkan rasa prihatin dan sayang mereka kepada aku walaupun hanya beberapa kali menjejakkan kaki ke rumah mereka.Kasih sayang ini amat aku hargai dan sanjungi.

Kini, aku masih mencari an-nisa’ yang akan menemani aku sepanjang hidupku.Bukan mudah untuk mencari insan yang benar-benar memahami dan sanggup menerima diri aku seadanya.Tapi perlukah aku bersaing dengan orang lain untuk memiliki insan itu?Aku sedar akan segala kekurangan diri aku.Tidak memiliki rupa paras yang kacak, tiada harta yang bertimbun malah ilmu juga tidak begitu tinggi.Terlalu sukar untuk menemui insan yang bergelar an-nisa’ itu.Walaupun aku dihadapkan dengan beberapa pilihan, namun belum pasti yang manakah adalah yang terbaik untukku.Bukan aku terlalu mengharapkan yang terbaik seperti yang orang lain maksudkan tetapi aku cuma menghendaki an-nisa’ yang dapat menerima aku seadanya , boleh memahami serta membahagiakan aku dan juga an-nisa’ yang akan mendidik dan membimbing zuriat kami ke arah yang diredhai Allah s.w.t.

Rabbana hablana min azwajina wazurriatina qurratua’yun waj’alna lilmuttaqinaimama..

4 comments:

Najihah Mumtazah bt Che Ali said...

salam...dlm hidup ni, kita x akan menemui seseorang yg sempurna utk dijadikn teman hidup, tetapi menerima kekurangan dan kelebihan pasangan kita itu akan membuatkan ia menjadi sempurna, ana doakan anta bertemu dgn psngan yg anta inginkan, yang penting jgn putus berdoa...Allah maha adil, Dia xkan sia-siakan permintaan hambaNya yang sabar dan tabah, yakinlah...setiap permintaanmu pasti dikabulkan...fikir2kan...

~aNisYa~ said...

assalammualaikum...
smoge dicucuri rahmat allah serta
dipertemukan dgn an nisa yg dikehendaki..
salam persahabatan....

nisachik said...

nisa d cni...
heee~~

aku dan sesuatu.. said...

eh..
napenye..sape plak panggil die..huhu