BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 9, 2009

Aku yang tertewas..

Salam..

Entah kenapa hari ni aku rasa letih dan tertewas dengan apa yang telah aku rancang dan ingin lakukan.Benarlah kata perumpamaan "Lidi yang sebatang tidak kuat dan boleh dipatahkan dengan mudah tetapi lidi yang dihimpun dan diikat akan berupaya membersihkan halaman rumah sebagai penyapu yang berguna".Aku hanyalah aku.Aku tak mampu melakukan semuanya bersendirian.Aku hanya insan biasa yang memerlukan sokongan dan kerjasama orang lain untuk menjayakan sesuatu perkara.Aku memerlukan ibu bapa, saudara-mara, kawan-kawan dan masyarakat dalam meneruskan kehidupan ini.Semua ini aku dapati dan fahami melalui tunjuk ajar dan pesan tok guru bahawa insan di dunia ini adalah bersaudara dan saling memerlukan dalam melakukan apa saja perkara.Aku cukup terkilan dengan sebilangan orang yang hanya mengharapkan hasil yang baik tanpa berusaha bersama menyumbangkan tenaga menjayakan agenda perjuangan.Aku sering dipersalahkan walaupun aku berseorangan dalam merencanakan strategi perjuangan.Namun aku pasrah kerana inilah cabaran menjadi seorang pemimpin.Inilah dugaan dalam memegang sesuatu tanggungjawab dan tanggungjawab merupakan satu amanah.Semoga urusan ini dipermudahkan.

Apa itu kepimpinan??Kepimpinan merupakan satu proses di mana seorang ejen mempengaruhi atau memujuk subordinatnya supaya berkelakuan seperti yang dikehendakinya.(Bennis,1959).Memang agak sukar menjadi seorang pemimpin.Bukan mudah mempengaruhi orang lain melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas dan sepenuh hati.Bukan mudah merencana dan melaksanakan perencanaan.Sesungguhnya prinsip pengurusan mempunyai empat perkara asas iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan.Untuk melengkapkan kitaran pengurusan ini, pengorbanan yang bukan sedikit diperlukan untuk memantapkan agenda perjuangan.

2 comments:

Najihah Mumtazah bt Che Ali said...

salam..itulah adat dlm perjuangan, anta syabab yg kuat, jgn mengalah pd mehnah dlm perjuangan..jika manusia meninggalkan dirimu sendirian, yakinlah bhwa Allah sentiasa bersama anta, Dia sentiasa memerhatikan gerak kerja anta, yang penting jgn putus asa..berjuta semangat sedang menanti di hadapan...ijtahid ya syabab, innallaha maana..

Syabab.. said...

syukran jazilan kathiran..