BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 30, 2009

Selamat Hari Lahir, Ibu..







Salam..

Untuk post kali ni aku tujukan khas buat ibuku yang telah menyambut ulangtahun kelahirannya semalam..Aku telah membawa ibu bersama anak saudara aku ke KFC di Tesco berdekatan dengan Melaka Sentral.Terasa sayu hati ini kerana dapat melihat wajah ibu aku yang ceria tatkala kami menuju ke sana.Walaupun aku tak mampu memberi hadiah yang lebih istimewa daripada itu, namun senyuman yang terukir di wajah ibu sangat bermakna bagi diriku..Semoga Allah swt akan memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kepada ibu yang amat kusayangi ini.



Amin Ya Rabbal Alamin..

Keranamu An-Nisa'




Dalam meniti arus kehidupan ini, hidup aku tak pernah sunyi daripada kehadiran an-Nisa’(Wanita).Setiap kali sentuhan keramat itu singgah dalam titian hidup ini, aku menjadi segar dan bersemangat untuk meneruskan liku-liku kehidupan yang serba mencabar ini.Ibu aku merupakan Khairun Nisa’(sebaik-baik wanita) yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada diriku.Ketabahan dan kemuliaan hati seorang ibu sering menjadi azimat yang sangat bermakna bagi diriku.Ibu aku menjadi insan yang setia menemani aku di saat aku susah dan senang.Pengorbanannya sangat besar dan berharga.Tiada apa di dunia ini yang dapat menandingi kehebatan sentuhan seorang ibu.Sebagai seorang anak, aku sentiasa bersedia menjalankan tugas aku untuk menyayangi dan mambalas jasa seorang ibu.Mungkin disebabkan aku hanya mempunyai seorang ibu di dunia ini dan ayahku telah kembali ke Rahmatullah beberapa tahun yang lalu. Syurga itu berada di bawah telapak kaki seorang ibu.Madah keramat ini bukanlah satu perumpamaan semata-mata malah membenarkan tuntutan dalam Islam bahawa tidak akan masuk syurga seseorang yang telah menderhakai seorang ibu.Kedudukan seorang ibu sangat tinggi di sisi Islam.

Untuk menambahkan kemanisan dalam kehidupan ini, kehadiran an-nisa’ yang lain pula mewarnai perjalanan hidup aku.Dalam usia menjangkau 19 tahun, aku telah dipertemukan dengan Nenek aku yang kini berada di Temerloh, Pahang.Terima kasih kepada Mak Ngah( adik ibu aku) yang telah membawa aku untuk bertemu dengan ibu kepada ibu aku yang sebenar.Walaupun aku baru sahaja mengenali keluarga nenek aku yang telah lama terpisah dari ibu aku, pertalian ini bagaikan terlalu rapat dan telah lama saling mengenali.Aku disayangi tanpa perasaan berbelah bahagi dan curiga.Keadaan ini membuatkan aku tenang ketika berada di rumah nenekku di temerloh.Terima kasih juga kepada Mak Ngah dan Pak Ngah yang telah menunjukkan rasa prihatin dan sayang mereka kepada aku walaupun hanya beberapa kali menjejakkan kaki ke rumah mereka.Kasih sayang ini amat aku hargai dan sanjungi.

Kini, aku masih mencari an-nisa’ yang akan menemani aku sepanjang hidupku.Bukan mudah untuk mencari insan yang benar-benar memahami dan sanggup menerima diri aku seadanya.Tapi perlukah aku bersaing dengan orang lain untuk memiliki insan itu?Aku sedar akan segala kekurangan diri aku.Tidak memiliki rupa paras yang kacak, tiada harta yang bertimbun malah ilmu juga tidak begitu tinggi.Terlalu sukar untuk menemui insan yang bergelar an-nisa’ itu.Walaupun aku dihadapkan dengan beberapa pilihan, namun belum pasti yang manakah adalah yang terbaik untukku.Bukan aku terlalu mengharapkan yang terbaik seperti yang orang lain maksudkan tetapi aku cuma menghendaki an-nisa’ yang dapat menerima aku seadanya , boleh memahami serta membahagiakan aku dan juga an-nisa’ yang akan mendidik dan membimbing zuriat kami ke arah yang diredhai Allah s.w.t.

Rabbana hablana min azwajina wazurriatina qurratua’yun waj’alna lilmuttaqinaimama..

Thursday, June 25, 2009

Jelajah wajadiri di Perak Bumi Bertuah..





Hari Jumaat yang lepas, aku dan rakan-rakan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi melaksanakan program jelajah wajadiri ke negeri perak bumi bertuah.Program ini merupakan rangka promosi silat cekak hanafi yang dirancang bersempena dengan kejohanan wajadiri.Ia meliputi program motivasi dan peningkatan kendiri yang bakal memberi manfaat kepada pelajar sekolah yang terpilih.Program ini bermula dengan kunjungan ke SK Sri Kerian, Parit Buntar, Perak.Hari pertama ini agak kelam kabut dan tidak tersusun kerana masing-masing belum memahami peranan dan juga factor keletihan.Namun, atas semangat kerjasama dan tolak ansur, semua kekurangan dapat ditampung dengan baik.

Hari kedua bermula dengan baik.Kami menunjukkan demo silat kepada para peserta yang terlibat.kebanyakan mereka begitu teruja menonton persembahan tersebut dan memuji pergerakan silat cekak. Seterusnya program berjalan lancar sehinggalah majlis penutup.Selesai majlis penutup, kami bertolak ke Ipoh untuk program seterusnya.

Perjalanan ke Ipoh agak memenatkan.Inilah cabaran dalam melakukan kebaikan.Pelbagai liku dan halangan ditempuhi.Sampai di Ipoh, terpaksa mencari jalan lain yang boleh dilalui disebabkan jalan utama ke Rumah Anak-anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda tak dapat dilalui.Masing-masing mengeluh disebabkan terpaksa tiba lewat ke tempat yang dituju.Namun keletihan kami sedikit terubat disebabkan kami disambut dengan penuh mesra bagai saudara sendiri oleh penghuni Rumah Anak-anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda.Program dapat juga dimulakan dengan sederhana.Kami berasa sedikit terharu dan tersentuh melihat telatah adik-adik seramai 46 orang yang masih kecil dan rata-rata berumur dari 6 hingga 17 tahun.

Keesokan harinya, kami memulakan program dengan penuh ceria melalui senaman untuk kecergasan badan.hari ini kami dapat melihat keceriaan di wajah adik-adik yang amat kami sayangi ini.rezeki juga agak murah kerana kami dijemput bersama adik-adik yang bertuah tersebut ke rumah jiran untuk menghadiri sedikit kenduri tahlil.Habis je makan, wajah kami pulak yang ceria kerana kekenyangan..hehe..sayu rasanya hati ini untuk berpisah dengan adik-adik yang kami sayangi ini.Namun apakan daya kami terpaksa menamatkan program dan bergegas pulang ke UKM.

Rasa puas hati dengan program yang telah terlaksana ini.Walaupun dengan pelbagai halangan dan cabaran, kami mampu merealisasikan projek ini dengan jayanya tanpa masalah-maslah besar yang membelenggu perjalanan program.Selesai jelajah untuk fasa yang pertama, kami kini bersedia untuk menganjurkan jelajah untuk fasa-fasa yang berikutnya.Semoga dipermudahkan urusan kami..InsyaAllah..

Wednesday, June 24, 2009

Aku dan bidadari..


Semakin hari hati aku menjadi semakin resah.Aku menanti bidadari yang dapat membuatkan hidupku lebih indah dan terarah.Namun, persoalan yang selalu bermain di hati aku ialah siapa gerangan bidadari itu.Apakah dia insan yang pernah ku kenal dulu ataupun insan yang baru sahaja ku kenali.Aku masih menunggu jawapannya.Hati ini semakin rindu tatkala terkenangkan keayuan wajahnya, kelembutan tutur katanya, kesopanan tingkahlakunya dan kedinginan bicaranya.Aku masih mencari cinta.Cinta yang tidak pasti dan tidak pernah menjamin kebahagiaan sepanjang hayat.Menikmati cinta umpama sedang meniti titian yang rapuh.Sentiasa berhadapan dengan risiko untuk terjatuh andai tidak mengimbangi badan dengan baik.Kadang kala aku terasa bagai ingin mencinta dan dicintai namun terkadang hati ini terlalu berhati-hati menerima cinta.Cinta ialah bagaimana memberi bukan bagaimana menerima.Cinta tak semestinya memiliki tapi sentiasa memahami.Andai kita cintakan seseorang, lepaskanlah ia pergi.Andai terbukti ia milik kita, dia akan kembali untuk terus bersama melalui suka dan duka bersama.Cinta seumpama kapal terbang..terlalu payah untuk memulakan perjalanan, apabila dalam perjalanan terasa diri ini di awang-awangan dan tidak akan berhenti selagi belum tiba di destinasi.Andai terhenti jua, bermakna akan terhempaslah kapal terbang tersebut dan terhapuslah perjalanan yang indah itu.Ini merupakan persepsi yang umum mengenai cinta.Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Benarlah penantian ini adalah suatu penyeksaan.Di manakah bidadari itu?Apa yang perlu aku lakukan andai ada insan lain mengetuk pintu hatiku setelah dia?Aku sentiasa bermain dengan risiko..Bergelumang dengan ketidakpastian yang menebal.Aku mengharap agar dia segera kembali menerangi hatiku.Aku berharap agar dia dapat memahami isi hatiku.Mungkin benar apa yang telah di teorikan oleh Stephen Covey iaitu 7 habits of the effective people.Antara yang aku ingat ialah mulakan sesuatu dengan mengingati matlamat dan cuba memahami sebelum difahami.Apa yang mampu aku lakukan sekarang ialah teruskan kehidupan seperti biasa dengan cuba mencari diri aku yang sebenar.

“ Sesungguhnya perjuangan ini belum selesai ”

Sunday, June 14, 2009

Realiti Insan


Ku layangkan segala anganku
Ku lepaskan semua khayalan jiwaku
Berpijak di bumi yang satu
Memandang tinggi di langit biru

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yg akan kuraih
Harapanku dlm hidup ini
Ku ingin menggapai cita dan cinta

Ini bukanlah satu mimpi
Atau ilusi dalam jiwa yg sunyi
Ini adalah realiti
Keyakinan insan yg penuh misi

Satu janji di dalam hati
Satu mimpi yg akan kuraih
Harapanku dlm hidup ini
Ku ingin menggapai cita dan cinta

Satu satu mimpi
Di dalam hidupku ini
Satu satu janji
Yg ku gapai pasti

Thursday, June 11, 2009

Satu Tekad..

Salam..

Aku mulakan hari Jumaat yang mulia ini dengan satu tekad.Satu tekad yang disulami dengan seribu impian, jutaan harapn dan penuh dengan keikhlasan.Semoga hari-hari yang akan datang juga akan turut dihiasi dengan tekad yang jitu dalam meneruskan agenda perjuangan.Hayatilah lirik lagu yang indah ini:

Berikanku sebaris kata
Untuk ku susuli jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada Yang Esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untuk ku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tersalah langkah

Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur utara juga selatan
Atau arah mentari terbenam

Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang

Di kala Iman di dada mengiring langkah



Tuesday, June 9, 2009

Aku yang tertewas..

Salam..

Entah kenapa hari ni aku rasa letih dan tertewas dengan apa yang telah aku rancang dan ingin lakukan.Benarlah kata perumpamaan "Lidi yang sebatang tidak kuat dan boleh dipatahkan dengan mudah tetapi lidi yang dihimpun dan diikat akan berupaya membersihkan halaman rumah sebagai penyapu yang berguna".Aku hanyalah aku.Aku tak mampu melakukan semuanya bersendirian.Aku hanya insan biasa yang memerlukan sokongan dan kerjasama orang lain untuk menjayakan sesuatu perkara.Aku memerlukan ibu bapa, saudara-mara, kawan-kawan dan masyarakat dalam meneruskan kehidupan ini.Semua ini aku dapati dan fahami melalui tunjuk ajar dan pesan tok guru bahawa insan di dunia ini adalah bersaudara dan saling memerlukan dalam melakukan apa saja perkara.Aku cukup terkilan dengan sebilangan orang yang hanya mengharapkan hasil yang baik tanpa berusaha bersama menyumbangkan tenaga menjayakan agenda perjuangan.Aku sering dipersalahkan walaupun aku berseorangan dalam merencanakan strategi perjuangan.Namun aku pasrah kerana inilah cabaran menjadi seorang pemimpin.Inilah dugaan dalam memegang sesuatu tanggungjawab dan tanggungjawab merupakan satu amanah.Semoga urusan ini dipermudahkan.

Apa itu kepimpinan??Kepimpinan merupakan satu proses di mana seorang ejen mempengaruhi atau memujuk subordinatnya supaya berkelakuan seperti yang dikehendakinya.(Bennis,1959).Memang agak sukar menjadi seorang pemimpin.Bukan mudah mempengaruhi orang lain melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas dan sepenuh hati.Bukan mudah merencana dan melaksanakan perencanaan.Sesungguhnya prinsip pengurusan mempunyai empat perkara asas iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan.Untuk melengkapkan kitaran pengurusan ini, pengorbanan yang bukan sedikit diperlukan untuk memantapkan agenda perjuangan.