BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 1, 2009

Coretan Jelajah Wajadiri UKM '09

Hari ni aku terus melakukan kerja marketing untuk program jelajah wajadiri.Walaupun kelihatan seperti aku terlalu menumpukan kepada program ini, namun aku tidak pernah mengabaikan core product, iaitu kejohanan wajadiri.Jelajah wajadiri hanyalah sekadar program pra-wajadiri tetapi ia penting dalam usaha dakwah untuk mengajak masyarakat cintakan seni mempertahankan diri yang dekat kepada Islam.Kesusahan yang aku hadapi hari ini akan memberi faedah di hari pembalasan kelak.Aku yakin dengan ketentuan tersebut.Program jelajah ini bukan hanya sebuah program untuk dekat dengan masyarakat tetapi merupakan peluang yang baik untuk memotivasikan anak-anak muda Islam supaya melakukan perkara yang sepatutnya untuk mencapai cita-cita masing-masing.Entah kenapa, aku cukup obsess dan yakin bahawa program motivasi mampu mendorong manusia supaya berusaha mencapai cita-cita seterusnya menjejakkan kaki ke menara gading.Ini kerana aku juga pernah melalui situasi sebegitu.Oleh itu, usaha ini merupakan peluang untuk aku berbakti kepada masyarakat.Secara tiba-tiba, terlintas di fikiran aku untuk menjalankan program ini di rumah anak yatim agar insan yang kurang bernasib baik tersebut dapat merasai diri mereka dihargai dan disayangi.Aku mendapat beberapa suntikan semangat untuk meneruskan projek ini namun tak kurang juga cabaran dan kekangan yang terpaksa aku hadapi.Namun,semua itu tak pernah melunturkan usaha murni aku dan rakan-rakan dalam berbakti kepada masyarakat.Semoga program jelajah ini akan berlangsung dengan lancar dan dengan jayanya..Amin Ya Rabbal Alamin..

0 comments: